HIBURAN

Bernadya Tak Kisah Dilabelkan Penyanyi Lagu Galau - "Peminat Suka, Saya Akan Teruskan"

Ainun Md Zooki 17/04/2025 | 14:55 MYT
Penyanyi Indonesia, Bernadya mengakui lagunya yang berjudul ‘Satu Bulan’ yang dimuatkan dalam album sulungnya iaitu ‘Sialnya, Hidup Terus Tetap Berjalan’ merupakan antara karya paling peribadi yang pernah dihasilkannya.

Menurut Bernadya, 22, lagu tersebut ditulis ketika dia sedang melalui fasa kesedihan dalam hidupnya, menjadikan ‘Satu Bulan’ sebagai karya yang cukup dekat di hatinya.

“Antara semua lagu dalam album, ‘Satu Bulan’ adalah yang paling saya boleh kaitkan dengan kehidupan peribadi.

“Lagu-lagu lain saya tulis ketika saya dah ‘baik-baik sahaja’, tapi lagu ni saya tulis masa tengah sedih. Memang ia sangat peribadi,” katanya kepada Gempak.

Bernadya berkata demikian ketika menghadiri sesi media bersama Bernadya di The Journal Hotel, Kuala Lumpur pada Rabu.

Tambah pelantun lagu Untungnya Hidup Harus Tetap Berjalan itu lagi, sifatnya yang agak dramatik turut menjadi antara faktor yang banyak membantunya dalam proses penulisan lagu-lagu galau.

“Saya boleh menulis lagu galau sebab saya memang seorang yang sangat dramatik. Bagi saya, setiap penulis lagu perlu ada satu perasaan yang sendu untuk melahirkan karya yang jujur

“Saya pernah tanya kawan-kawan dalam industri, dan kebanyakan mereka juga meletakkan kisah peribadi dalam lagu mereka,” kongsinya.

Meskipun sering dilabel sebagai penyanyi lagu galau, Bernadya tidak melihat ia sebagai sesuatu yang negatif.

BERITA BERKAITAN: Bernadya Umum Tour 2025 ‘Untungnya, Untungnya’ Di Kuala Lumpur & Kota Kinabalu

BERITA BERKAITAN: Bernadya Selamatkan Nyawa Content Creator Malaysia Menerusi Lagu

Malah, dia beranggapan ia mungkin menjadi salah satu identiti dirinya dalam dunia muzik.

“Saya tahu akan ada pendengar yang melabel saya sebagai penyanyi lagu galau, tapi saya tak kisah.

“Kalau peminat suka saya menyanyikan lagu-lagu macam ni, saya akan teruskan.

“Tapi untuk album seterusnya, mungkin saya akan tampil dengan sesuatu yang lebih berbeza,” ujarnya.

Sekadar info, Bernadya bakal melangsungkan konsert Bernadya Untungnya, Untungnya di dua lokasi berbeza, iaitu di Zepp, Kuala Lumpur pada 13 Julai dan KDAC Hall, Kota Kinabalu, Sabah pada 19 Julai nanti.

BERITA BERKAITAN: Peminat Dapat ‘Healing’ & Galau Bersama, Showcase Sulung Bernadya Di Malaysia Sukses!

BERITA BERKAITAN: David Bayu Semarakkan Nyala Fest 2024! Sepentas Dengan Pamungkas, Noh Salleh, Feby Putri, Bernadya & Ramai Lagi

#Penyanyi #Label #Galau #Bernadya