Hiburan
“Bernafas Kencang La Kakak-Kakak Yang...” - Alif Satar ‘Belanja’ Otot Dan Bulu Dada
Penyanyi dan pelakon Alif Satar mencuri perhatian wargamaya apabila berkongsi sekeping foto tanpa baju.
Menerusi laman sosial Instagram, Alif memuat naik foto tersebut untuk tatapan umum.
“Hujung minggu yang bagus. Berjaya membuat aktiviti berbasikal, naik gunung dan bermain tennis. Sedikit latihan berat badan pagi ini buat saya rasa hebat. Ingat, ia tidak bertambah senang tetapi anda yang menjadi semakin baik. Minggu ni nak kayuh mana?” tulis alif sebagai kapsyen.
Menerusi perkongsian foto dalam versi hitam putih itu, Alif memperlihatkan otot-otot di sekitar lengan dan bahu serta tidak ketinggalan bulu dadanya.
Hasil tinjauan Gempak, ramai rakan selebriti dan pengikut yang teruja dan mengusik bulu dada Alif.
“Kiut bulu dada awak, ala-ala,” tulis Farish Aziz.
“Pehhhh, solid der!” komen Shuib Sepahtu.
“Ni bukan ironman, ni powerman,” puji Ammar Alfian.
“Astagfirullah, bernafas kencang la semua kakak-kakak IG yang buka IG asalnya nak jual burnt cheesecake,” usik seorang wargamaya.
“Mantap bro, macam badan saya masa dalam mimpi,” komen seorang wargamaya.
“Wow, dia belanja bulu,” tegur seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, foto tersebut telah mendapat hampir 31,000 tanda suka daripada warga Instagram.
Must-Watch Video