Ibu kepada penyanyi, Shila Amzah, Fauziah Sarman memberi pesanan khas buat bakal menantunya dan pempengaruh media sosial, Ubai sebelum melangsungkan pernikahan esok.

Fauziah Sarman atau lebih dikenali sebagai Mama Zie berharap agar Ubai dapat mengemudi perkahwinan bersama anaknya dengan penuh kesabaran dan bertenang.

"Gambar dengan bakal menantu..esok dah jadi menantu..insya-Allah.

"Ubai hidup berumah tangga tidak sama semasa bujang. Apa-apa perlu berkongsi segala-galanya. Ranjau, onak dan duri perlu diharungi bersama.

"Banyakkan bersabar dan bertenang dalam membuat keputusan, jangan mudah berkeras dengan pendapat sendiri, banyakkan berbincang jangan lari-lari okey. Tahu dulu ubai atlet," katanya.

Mama Zie berkongsi perkara berkenaan di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri berkenaan dia memuat naik foto bersama bakal menantunya.

Tambah Mama Zie yang juga memnggelarkan dirinya sebagai Mak kepada Ubak mendoakan agar semuanya baik.

"Mak doakan yang baik-baik untuk anak-anak Mak. Semoga Allah SWT reda dan memberkati kalian berdua didalam kebaikan dan dilimpahkan rezeki..Amin," harapnya.

Bakal mentua Shila, Rohani Jamal, 52, disahkan kanser ovari tahap tiga sejak enam bulan lalu telah disahkan meninggal dunia pada 30 Julai lalu.

Ubai juga bagai ditimpa dugaan bertubi-tubi selepas adik lelaki yang menjaga ibu mereka pula meninggal dunia disebabkan kemalangan jalan raya pada 3 Mei lalu.

Untuk rekod, Shila bercerai talak satu dengan Haris Idraki pada 8 Februari 2022 selepas empat tahun berkahwin. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Seth Uwais.