Skip to main content

Selebriti

Zizan Nin Tegur Sikap Pandang Rendah Kemampuan Pengarah Wanita - “Berhenti Melabel & Menganggap Sebagai Golongan…”

Zizan Nin Tegur Sikap Pandang Rendah Kemampuan Pengarah Wanita - “Berhenti Melabel & Menganggap Sebagai Golongan…”

Sekilas

  • Zizan Nin menegaskan bahawa kemampuan pengarah tidak harus dipertikaikan berdasarkan jantina kerana ia adalah satu bentuk diskriminasi.
  • Beliau berkongsi pengalaman lebih dua dekad bekerja dengan pelbagai pengarah yang menunjukkan setiap pengarah mempunyai visi dan sentuhan kreatif tersendiri.
  • Zizan menyeru agar sikap memandang rendah pengarah wanita dihentikan kerana ia merupakan satu bentuk buli dalam industri seni.
Advertisement

Pelakon, Zizan Nin berpendapat tidak perlu untuk mempertikaikan kemampuan seseorang pengarah hanya berdasarkan jantina kerana tindakan sedemikian boleh digambarkan sebagai satu bentuk diskriminasi.

Menerusi perkongsian di Threads, Zizan berkata setiap pengarah mempunyai visi dan sentuhan kreatif tersendiri dalam menghasilkan sesebuah karya.

Advertisement

“Berdasarkan pengalaman lebih dua dekad bekerja bersama pelbagai pengarah tanpa mengira jantina, saya berpandangan bahawa mempertikaikan keupayaan pengarah berdasarkan jantina is totally unacceptable,” tegasnya.

Tegas Zizan lagi, sudah tiba masanya untuk menghentikan sikap melabel serta memandang rendah kemampuan pengarah wanita dalam menghasilkan karya seni.

Malah, Zizan menyifatkan tindakan memandang rendah kemampuan pengarah wanita sebagai satu bentuk buli yang tidak sepatutnya berlaku dalam industri seni.

Advertisement

“Ia merupakan satu bentuk diskriminasi dan buli. Seni bersifat subjektif dan mempunyai skop yang sangat luas, setiap pengarah mempunyai visi serta sentuhan kreatif tersendiri.

“Berhentilah melabel dan menganggap pengarah wanita sebagai golongan kelas kedua,” tulisnya.

Anda mungkin berminat dengan

5️hot sell out Slim Men Denim Jeans Jacket Men Clothes Cowboy Male Jacket Jaket Denim Lelaki Men Jeans Outerwear

5️hot sell out Slim Men Denim Jeans Jacket Men Clothes Cowboy Male Jacket Jaket Denim Lelaki Men Jeans Outerwear

Pazze Chino Pant Stretchable Cotton Slim Fit - Black/Light Olive/Dark Olive/Khaki Brown/Olive Brown/Olive Grey/Dark Grey

Pazze Chino Pant Stretchable Cotton Slim Fit - Black/Light Olive/Dark Olive/Khaki Brown/Olive Brown/Olive Grey/Dark Grey

Renoma - 3 pairs Socks (ROA43)

Renoma - 3 pairs Socks (ROA43)

🔥🔥 [𝐒-𝟔𝐗𝐋] Unisex Long Sleeve hoodies Solid Zipper

🔥🔥 [𝐒-𝟔𝐗𝐋] Unisex Long Sleeve hoodies Solid Zipper

Men’s Formal Shirt Long Sleeves/ Kemeja Lelaki Formal | Baby Blue | Coffee | Maroon color etc

Men’s Formal Shirt Long Sleeves/ Kemeja Lelaki Formal | Baby Blue | Coffee | Maroon color etc

ZITY Shark Skin Waterproof Warm And Comfortable Tactical Jacket

ZITY Shark Skin Waterproof Warm And Comfortable Tactical Jacket

Related Topics

Must Watch Video

Advertisement