Pelakon Mawar Rashid akui melalui pengalaman yang agak memenatkan apabila menjayakan watak Miza dalam telemovie Penaklukan Syaitan.

Menurut Mawar, kepalanya sakit bagai hendak pecah gara-gara terpaksa menjerit hampir sepanjang pembikian telemovie yang bakal ditayangkan di Astro Citra dan Citra HD pada 19 Oktober ini.

“BTS (behind the scene) Penaklukan Syaitan. Berpeluh-peluh, kepala rasa nak pecah, suara tak ada untuk menjayakan watak Miza dalam telemovie ‘Penaklukan Syaitan’ ni.

“Tolonglah tengok pada 19hb jam 9pm di #AstroCitra & #CitraHD ni. Tweet banyak-banyak, share and hashtag #PenaklukanSyaitan okay,” tulisnya.

Mawar berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut, dia turut memuat naik video disebalik pembikinan telemovie tersebut.

"Kepala sakit sebab terlalu banyak menjerit,” katanya dalam rakaman video tersebut.

Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata turut teruja untuk menonton telemovie tersebut.

Penaklukan Syaitan bakal ditayangkan di Astro Citra (saluran 131) dan Citra HD (saluran 126) , jam 9 malam pada19 Oktober ini.

BTS ‘PENAKLUKAN SYAITAN’. Berpeluh-peluh, kepala rasa nak pecah, suara takde untuk menjayakan watak MIZA dalam telemovie ‘PENAKLUKAN SYAITAN’ ni. Tolonglah tengok pada 19hb jam 9pm di #AstroCitra & #CitraHD ni. Tweet banyak2, share and hashtag #PenaklukanSyaitan okay ?❤️ @astrogempak @bambam_studios • Thanks for the video @arfanrashid

A post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid) on