Berita
Berpesta Lepas Disuntik Vaksin, Raffi Ahmad Dituntut Mohon Maaf di 7 Stesen TV & Akhbar
Tindakan Raffi Ahmad berpesta selepas menjadi antara kelompok pertama menerima suntikan vaksin COVID 19 di Indonesia semalam, masih menjadi topik hangat di Republik tersebut.
Walaupun hos, pelakon, penyanyi dan selebriti itu sudah membuat permohonan maaf, namun masih ada banyak pihak yang tidak berpuas hati lantaran menyifatkan tindakan Raffi berpesta selepas disuntik vaksin sebagai tidak bermoral dan memberi imej negatif kepada masyarakat.
Selain dilaporkan akan disiasat pihak polis, terkini, CNNIndonesia melaporkan suami kepada Nagita Slavina itu dituntut membuat permohonan maaf secara terbuka di beberapa stesen televisyen dan akhbar tempatan.
Tuntuhan itu dibuat oleh seorang peguam, David Tobing yang menghantar laporannya ke Pengadilan Negeri Depok melalui peguamnya, Richan Simanjuntak.
""Saya menuntut agar hakim memerintahkan Raffi tidak keluar rumah selama 30 hari sejak menerima vaksin kedua dan menghukum Raffi membuat permohonan maaf di tujuh media tv dan tujuh surat kabar harian," ujar David dalam keterangannya.
Tujuh buah stesen tv tersebut termasuklah SCTV, RCTI dan Trans TV serta akhbar tempatan pula termasuk Kompas, Tempo dan Jakarta Post dengan ukuran setengah muka permohonan maaf.
David dalam tuntutannya juga mengatakan perbuatan Raffi adalah bertentangan dengan hukum dan melanggar peraturan terkait protokol kesihatan negara.
"Apa yang dilakukan Raffi (berpesta) mempunyai pengaruh besar kerana dia ada banyak pengikut di laman sosial dan juga seorang selebriti yang cukup terkenal.
"Nanti masyarakat fikir, setelah mendapatkan vaksin, mereka bebas melakukan apa saja, melanggar protokol kesihatan yang telah ditetapkan. Jadi apa yang ditonjolkan Raffi adalah contoh tak baik," katanya lagi.
Sebelumnya foto tindakan Raffi seperti berbangga telah menjadi antara individu terawal di Indonesia selain Presiden Joko Widodo (Jokowi) dengan berpesta, tidak menjaga jarak dan tidak memakai pelitup muka viral sekaligus menerima kecaman hebat bukan saja dari masyarakat tetapi juga dalam kalangan pelaku seni.
Must-Watch Video