Skip to main content

Selebriti

Fauziah Ahmad Daud Rindu Bapa, Terkenang Momen Bersama Arwah - “Dia Tak Suka Orang Panggil Saya Ogy…”

Ogy Ahmad Daud

Sekilas

  • Pelakon Fauziah Datuk Ahmad Daud berkongsi rasa rindu terhadap arwah bapanya, Datuk Ahmad Daud Mohamad Hashim, menerusi Instagram.
  • Arwah bapanya lebih suka memanggilnya dengan nama asal, Fauziah, berbanding nama panggilan Ogy atau watak lakonannya.
  • Fauziah turut mengucapkan selamat hari lahir kepada arwah bapanya yang akan berusia 94 tahun jika masih hidup.
Advertisement

Pelakon hebat, Fauziah Datuk Ahmad Daud berkongsi momen menyentuh hati apabila terkenang arwah bapa kesayangannya itu.

Menerusi perkongsian di Instagram, Fauziah atau lebih mesra dengan panggilan Ogy meluahkan rasa rindu terhadap bapanya, Datuk Ahmad Daud Mohamad Hashim.

Advertisement

Menurut Ogy, arwah bapanya tidak gemar dirinya dipanggil Ogy atau nama-nama karakter lakonannya sebaliknya lebih menyukai nama asalnya iaitu Fauziah.

“Arwah Ayah dan Fauziah. Nama Fauziah arwah ayah yang berikan. Dia tak suka org panggil saya Ogy atau nama-nama watak saya lakonkan,” kongsinya.

Tambah Ogy lagi, sekiranya bapanya masih hidup, arwah kini sudah pun berusia 94 tahun.

Advertisement

“Kalau arwah ayah masih ada, ayah akan berusia 94 tahun.

“Selamat hari lahir ayah 12/3/1932. Fauziah dengan  Aminah, cucu ayah, alhamdulillah Allah sentiasa jaga kami.

“Ayah tenang di sana ya. Fauziah loves you and miss you so much ayah,” coretnya.

Anda mungkin berminat dengan

ZOE ARISAH Qasine Chiffon Bawal 45

ZOE ARISAH Qasine Chiffon Bawal 45

Zara Awliya |Telekung LAORA Cotton [Free Bag Telekung, Pocket Box & Tote Bag]

Zara Awliya |Telekung LAORA Cotton [Free Bag Telekung, Pocket Box & Tote Bag]

Zara Awliya | Telekung ARIANNA LUXE [Free Dumpling Chain Bag, Box Exclusive & Totebag]

Zara Awliya | Telekung ARIANNA LUXE [Free Dumpling Chain Bag, Box Exclusive & Totebag]

INSTANT SHAWL SULAM CHIFFON TIEBACK

INSTANT SHAWL SULAM CHIFFON TIEBACK

Zara Awliya X Wan Sharmila: TELEKUNG IRENE [Free Bag Telekung, Box Exclusive & Tote Bag]

Zara Awliya X Wan Sharmila: TELEKUNG IRENE [Free Bag Telekung, Box Exclusive & Tote Bag]

Zara Awliya | Telekung STELLA [Free Box Exclusive, Bag Telekung & Totebag]

Zara Awliya | Telekung STELLA [Free Box Exclusive, Bag Telekung & Totebag]

Must Watch Video

Advertisement