Skip to main content

Hiburan

Filem Fenomena Permotoran Yang Menggegarkan Layar Perak & Kekal Ikonik

Malaikat Malam

Sekilas

  • Filem dunia permotoran sentiasa menarik minat anak muda dengan gabungan aksi perlumbaan dan jalan cerita penuh emosi.
  • Antara filem ikonik termasuk Ghost Rider, The Motorcycle Diaries, Tron Legacy, KL Menjerit, Remp-It, dan Bikers Kental yang memaparkan pelbagai sisi dunia permotoran.
  • Industri perfileman tempatan bakal memperkenalkan filem baru bertajuk Malaikat Malam yang juga berkisar tentang dunia permotoran.

Filem berdasarkan dunia permotoran sememangnya tidak pernah gagal menarik perhatian penonton.

Daripada luar negara hingga ke lokal, filem berlatarbelakangkan dunia permotoran ini sentiasa menjadi pilihan dan rebutan anak muda untuk ditonton di pawagam.

Bukan sahaja membawakan aksi perlumbaan yang penuh adrenalin namun, genre ini sering tampil dengan jalan cerita yang turut sarat dengan emosi dan konflik kehidupan.

Untuk perkongsian kali ini, Gempak ingin senaraikan beberapa filem berkisarkan dunia permotoran dari dalam dan luar negara yang sehingga ke hari ini masih menjadi pilih untuk ditonton.

1.Ghost Rider

Filem ini mengisahkan Johnny Blaze yang membuat perjanjian dengan kuasa jahat sehingga membuatkan dirinya berubah menjadi Ghost Rider.

Selepas perjanjian itu, Johnny akan berubah menjadi Ghost Rider pada setiap malam tanpa disedarinya.

Meskipun kelebihan yang diterimanya itu merupakan kuasa jahat, namun kuasa yang diperolehinya itu telah digunakan untuk membantu orang yang ditindas.

Filem ini sungguh ikonik kerana membawakan genre supernatural yang melibatkan dunia dua roda.

2.The Motorcycle Diaries

Berbeza dengan filem lain, naskhah ini lebih bersifat santai dan penuh emosi apabila mengisahkan perjalanan awal Ernesto “Che” Guevara menjelajah Amerika Selatan menaiki motosikal.

Ia bukan sekadar tentang perjalanan fizikal, tetapi juga pencarian makna hidup dan perspektif terhadap dunia.

3.Tron Legacy

Walaupun tampil dalam dunia futuristik, Tron: Legacy tetap mencuri perhatian dengan konsep ‘light cycle’ yang membawa konsep motosikal moden. Aksi perlumbaan dalam dunia digital yang penuh visual memukau menjadikan filem mengenai dunia permotoran yang unik pernah dihasilkan.

4.KL Menjerit

Mengisahkan tentang Shahrul (Rosyam Nor) yang menempuh onak duri di ibu kota. Kehidupannya mula berubah selepas mengenali seorang gadis kampung bernama Ayu (Lisdawati) yang datang ke Kuala Lumpur bagi mencari tunangnya selepas lama berpisah.

Bukan sekadar sarat dengan emosi, KL Menjerit turut membawakan kisah mengenai Shahrul yang gemar menyertai perlumbaan haram sehingga mengakibatkan dirinya cedera teruk akibat kemalangan.

Filem ini menjadi ikonik dan masih disebut-sebut hingga ke hari ini kerana jalan ceritanya yang menarik dan dekat dengan kehidupan masyarakat.

5.Remp-It

Antara filem paling ikonik tentang dunia mat rempit di Malaysia. Remp-It memaparkan kisah Madi yang semakin hanyut dalam kancah perlumbaan haram.

Aksi yang dipaparkan bukan sahaja mendebarkan, tetapi turut membuka mata tentang risiko dan akibat yang terpaksa ditanggung. Naskhah ini juga menyentuh soal persahabatan, cinta dan pengorbanan dalam dunia yang penuh cabaran.

6.Bikers Kental

Berbeza dengan imej negatif dunia permotoran, Bikers Kental membawa pendekatan lebih santai dan positif menerusi kisah sekumpulan sahabat yang menjelajah ke Thailand dengan motosikal berkuasa tinggi.

Sepanjang perjalanan, pelbagai cabaran dan detik manis dilalui bersama, sekali gus mengangkat nilai persahabatan dan semangat kebebasan. Filem ini jelas menunjukkan bahawa dunia biker juga boleh dilihat dari sudut yang lebih matang dan inspiratif.

Filem-filem yang disenaraikan merupakan antara filem dunia permotoran yang sangat ikonik dan masih menjadi pilihan penonton sehingga ke hari ini.

Tidak lama lagi, industri perfileman tanah air bakal tampil dengan filem berkisarkan dunia pemotoran yang berjudul Malaikat Malam.

Anda mungkin berminat dengan

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

The Lutfi Chili Oil with Crispy Garlic

The Lutfi Chili Oil with Crispy Garlic

YAN@YAN HANA Set Kurung Corak Jalur – Ringkas Tapi Bergaya - H2025009

YAN@YAN HANA Set Kurung Corak Jalur – Ringkas Tapi Bergaya - H2025009

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Must-Watch Video

Advertisement