gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
From Saga With Love Diiktiraf Antarabangsa, Lonjak Pelancongan Malaysia Ke Jepun
HIBURAN
"Berpisah Di Dunia Hanya Sementara, Kita Akan Berkumpul Lagi Di Akhirat" - Ibu Aliff Aziz
VIRAL
Isu Lagu Remix Dua Lipa & Bollywood Dalam Majlis Selawat, Imam Masjid Merbok Mohon Maaf - "Sebagai Menebus Kesalahan Saya Sedekahkan..."
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

"Berpisah Di Dunia Hanya Sementara, Kita Akan Berkumpul Lagi Di Akhirat" - Ibu Aliff Aziz

Amri Hassan
Amri Hassan
12/07/2025
14:55 MYT
Sponsor Banner
"Berpisah Di Dunia Hanya Sementara, Kita Akan Berkumpul Lagi Di Akhirat" - Ibu Aliff Aziz
Ibu kepada penyanyi dan pelakon Aliff Aziz, Siti Hafiza Basharahil menitipkan ucapan menyentuh hati sempena ulang tahun kelahiran dua orang cucunya, Ayden Adrean dan Ara Adreana.
Menerusi catatan yang dimuat naik di media sosial, wanita yang mesra dipanggil Umi Wan oleh keluarga itu meluahkan rasa syukur atas pertambahan usia cucu-cucunya.
Dalam nota yang ditujukan khas buat Ayden dan Ara, dia mendoakan agar mereka membesar dengan sihat, bahagia serta menjadi anak-anak yang soleh dan solehah.
“Bismillah… bulan ini adalah bulan kelahiran buat cucunda berdua. MasyaAllah, bertambah setahun lagi umur Ayden dan Ara. Umi Wan dan Tok Ayah sentiasa mendoakan cucunda berdua membesar sihat dan bahagia. Menjadi anak-anak yang soleh dan solehah, sentiasa menjadi penyejuk mata pada keluarga,” tulisnya.
Meskipun jarak memisahkan, kasih sayang terhadap cucu-cucunya tidak pernah luntur. Malah, Siti Hafiza menegaskan bahawa cinta terhadap mereka kekal utuh dan abadi, walaupun tidak dapat bersama secara fizikal.
“Walaupun kita dipisahkan jauh, kami sentiasa ingat dan kasih sayang serta cinta kami tidak akan pernah pudar. Cucunda berdua adalah penyambung keturunan kami, MasyaAllah.
“Berpisah di dunia hanya sementara. InshaaAllah, dengan izin Allah, kita akan berkumpul lagi di akhirat kelak. Be happy, my darlings. We will love you both till infinity," tambahnya.
Bella dan Aliff bercerai talak satu pada 13 Jun lalu selepas lapan tahun mendirikan rumah tangga.
Selepas melafazkan cerai, Aliff bersetuju memberikan hak penjagaan penuh dua anaknya iaitu Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4, kepada Bella.
Topic Berkaitan
#Aliff Aziz
#Bella Astillah
#Ibu
#Cucu
#Siti Hafiza Basharahil
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement