Penyanyi Mila Jirin menyelar tindakan orang ramai yang mendakwa dia menunjuk-nunjuk dalam melakukan ibadah korban pada tahun ini.
Menerusi entri di Instagram (IG), Mila menjelaskan dakwaan yang dilemparkan pada dirinya dan berharap agar netizen tidak salah faham dengan tindakkannya itu.
"Pada yang DM atau komen di pos sebelum ini yang menyuruh saya supaya tidak menunjuk-nunjuk amalan/perbuatan yang dibuat. Ini jawapan untuk kalian.
"Sumbangan Qurban ini under my company. We as a corporate company have to tell our CSR Program as our company activity.
"Bukan atas dasar nak menunjuk, riak, show off (apa sahaja ayat yang korang cakap). Sifat menunjuk-nunjuk itu bukan saya. Harap Maklum.
"Setiap apa yang kita buat, Allah yang mengadili bukan kita manusia. Tak baik terus jatuh hukum pada niat seseorang.
"Jika tak tau lebih baik diam dari berkata kata tetapi menyakitkan hati orang lain. #SelamatHariRayaAidilAdha," tulisnya.
Menerusi entri sebelum ini Mila menjelaskan dia melakukan ibadah korban sebanyak lima ekor lembu pada tahun ini dan tindakkannya itu telah mendapat pelbagai reaksi netizen yang mendakwa ingin menunjuk-nunjuk.
Kisah Si Ranum Bercakap Dengan Jin… Eh… Jun! | Singgah Set
Wow! Lain macam tajuk drama terbaharu daripada Astro kali ini ya! Bercakap Dengan Jun ni buatkan ada orang fikir salah typo atau orang ingat cerita mistik tapi drama bersiri ini mengisahkan seorang pencopet yang bernama Jun dalam meneruskan kerjayanya sebagai pencopet professional. Istimewa kisah ini, ada seorang bayi bernama Ranum akan menjadi sidekick Jun, Luth dan Lily.
Korang nak tengok tak BTS pembikinan drama ini? Jom strim sampai habis!
Kalau korang nak layan lagi moment-moment panas yang terjadi di set drama, korang boleh saksikan #SinggahSet setiap Jumaat, 5:00 petang di www.gempak.com! Confirm panas!
Saksikan #BercakapDenganJun
Mulai 1 Mei 2024
Setiap Rabu & Khamis, 9 Malam di Astro Ria dan Strim Astro GO
Bersama dengan Dini Schatzmann, Kahoe Hon, Qistina Rania, Fikry Ibrahim, Musyi Mohtar, Hilal Azman, Jun Lojong, Emelda Rosemila & pelakon-pelakon hebat yang lain.