Berita

"Bertahanlah..." - Drama Band Cipta Lagu Khas Buat Frontliners! Muzik Video Tiba-Tiba Bertukar...

ZULHILMI JALIL
15/05/2020
06:25 MYT
Biarpun aktiviti seni yang melibatkan golongan industri hiburan tanah air terhenti seketika sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ia sedikit pun tidak mematahkan semangat mereka untuk terus berkarya.
Buktinya, kumpulan muzik yang popular dengan karya-karya sinikal mereka, Drama Band kini tampil dengan sebuah naskhah baharu berjudul Bertahanlah.
Menariknya, ia merupakan sebuah karya yang dicipta khas untuk didedikasikan buat barisan petugas hadapan yang selama ini berkorban nyawa, masa dan tenaga dalam memastikan kita semua terbendung daripada penularan wabak Covid-19.
"Perjuangan anda tak mampu kami balas, hanya lagu ini dan sebuah puisi yang dapat kami berikan agar semua frontliners dapat terus bertahan dan berjuang sehingga kita memperolehi kemenangan," kata Aepul selaku vokalis.
Lagu tersebut dihasilkan oleh Argo dan AG Coco, manakala liriknya pula ditulis oleh Argo, Daus SRK dan Sharul Kamal.
Ia merupakan kerjasama kedua mereka bersama AG Coco yang sebelum ini pernah ditampilkan sebagai pemain gitar dalam single berjudul Satu-Satu.
Bukan setakat lagu, Drama Band turut tampil dengan muzik video Bertahanlah yang sudah dimuat naik di Youtube sejak Isnin lalu.
Penampilan imej hitam putih yang kemudian bertukar warna pada penghujung video muzik itu menggambarkan harapan yang diberikan frontliners kita buat semua rakyat Malaysia.
Sebelum ini, beberapa artis lain juga turut sama menyatakan sokongan buat frontliner dengan mendedikasikan lagu khas buat mereka.
BACA: Ini 10 Lagu Tribute Sebagai Sokongan Dalam Melawan Covid-19 Yang Korang Boleh Layan! 'Sentiasa Di Sini' Catat Jumlah Tontonan Tertinggi
Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Aepul Roza Akui Tumpang Populariti Kontroversi Rumah Tangga Sedang ‘Panas’ - “Kebanyakan Karya Saya…”

gempak
11/05/2024
02:32 MYT
Menarik juga lagu ILU.
Laman Utama

“Patut Rezeki Dia Tak Pernah Putus” - Peminat Tersentuh Lihat Siti Nurhaliza Hulur Duit Belanja Kepada Frontliners, Buat Beli Goreng Pisang

gempak
16/12/2021
09:50 MYT
Pemurah betul beliau
Laman Utama

Wow! Frontliners Tampil Menyanyikan 'Malaysia Ku Tercinta' Sempena Hari Kebangsaan & Hari Malaysia!

gempak
30/08/2021
12:40 MYT
Sempena dengan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia yang bakal disambut dalam norma baru lagi tahun ini, 20 penyanyi baru bergabung dalam menghasilkan sebuah lagu tribute berjudul Malaysia Ku Tercinta.
Laman Utama

“Setiap Hari Berkorban Bawa Makanan..” - Sebak, Ebit Lew Beri Sumbangan Wang Pada Geng Rider

gempak
27/08/2021
04:08 MYT
Alhamdulillah berkongsi rezeki.
gaya hidup

Sekalipun Anti Vaksin, Janganlah Sampai Mengutuk, Fitnah FRONTLINERS Kita, Sakit-Sakit Nanti Mereka Dicari

gempak
16/08/2021
12:36 MYT
Doktor, jururawat... khidmat dan pengorbanan mereka sangatlah besar. Jangan kerana nyamuk seekor, kelambu dibakar. Ingat-ingat sikit, hari ini kita mengata orang tu, esok-esok mereka tempat kita minta tolong.