Bertemakan ‘Lagu Untukmu’, Ini Senarai Penuh Karya Bakal Dinyanyikan Bintang GV8 Minggu Separuh Akhir!
Konsert ke-9 Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) diteruskan malam ini dengan membawa tema ‘Lagu Untukmu’.
Tema tersebut menyaksikan kesemua bintang perlu membuat persembahan dua lagu secara medley.
1. Suki Low - Khayalan (Black Dog Bone) & Tanpa Kekasihku (Agnez Mo)
2. Nikki Palikat - Puncak Kasih (Ziana Zain) & Ikut Rentakku (Jaclyn Victor)
3. Aweera - Kerja Gila (Amy) & Fantasia Bulan Madu (Search)
4. Aliff Aziz - Lay Me Down (Sam Smith) & Sesuatu Janji (Taufik Batisah)
5. Adibah Noor - Night Fever (Bee Gees) & Sumpah (Naim Daniel)
6. Azan Scan - Permaidani (Aris Ariwatan) & Enigma (Wings)
7. Ani Maiyuni - Let's Get Loud (Jennifer Lopez) & Sumpah (Aina Abdul)
8. Shidee - Sedetik Lebih (Anuar Zain) & Kerna Dia (Yasin Sulaiman)
GV8 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.
Teruskan menonton GV8 yang dibawakan sekali lagi oleh Farm Fresh selaku Penaja Utama, disokong Adabi dan CUCKOO Healthy Home sebagai Penaja Bersama selain Digi selaku Telco Rasmi.
Rangkaian program GV8 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ yang akan disiarkan pada setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang bermula 15 November.
Bagi yang terlepas untuk menonton, program ‘Kompilasi Kapsul Gegar Vaganza S8’ akan disiarkan khas pada setiap hari Sabtu, jam 7.00 malam mulai 20 November 2021.
Untuk pengisian di platform digital, program ‘Gegar Vaganza Live Plus’ akan disiarkan secara serentak di www.gempak.com/gegarvaganza ketika berlangsungnya konsert mingguan ‘GV8’ bermula 21 November 2021.