Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

“Best! Banyak Point Dia Bagi, Tak Merapu” – Ramai Mahu Jay Jay Jadi Juri GV7 Lagi

Mya Amri
20/10/2020 11:50 MYT
Kehadiran penyanyi Jay Jay sebagai juri jemputan konsert kedua Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) pada Ahad lalu ternyata menyenangkan netizen.

Menerusi tinjauan di media sosial, rata-ratanya menyatakan rasa puas hati terhadap komen-komen yang diberikan Jay Jay sewaktu menilai persembahan bintang-bintang GV7.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Malah Jay Jay juga dilabelkan sebagai seorang yang rasional dan banyak memberikan input kepada bintang-bintang GV7 untuk memperbaiki persembahan mereka di konsert akan datang.

Sikap Jay Jay sewaktu menjadi juri jemputan GV7 itu juga menerima pelbagai respon positif sehingga ada yang mencadangkan penyanyi lagenda itu menjadi juri kekal.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Selain Jay Jay, GV7 turut menampilkan Datuk Ramli MS dan mengembalikan Datuk Khatijah Ibrahim sebagai juri tetap.

BACA: Haslinda Bintang Pertama Tersingkir, Tiada Lagi Cinderella di Pentas GV7

BACA: GV7: Noraniza Idris & Aju Success Markah Sama, Ini Recap Dan Komen Juri Di Konsert Kedua

BACA: Corat-Coret GV7: Angin Pasang Nabil, Ayu Scooby-Doo, Dan Baju Linda Tersangkut

Teruskan menonton GV7 yang dibawakan sekali lagi oleh Farm Fresh selaku Penaja Utama, disokong Adabi dan CUCKOO Healthy Home sebagai Penaja Bersama selain Digi selaku Telco Rasmi.

Rangkaian program GV7 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul Kapsul Gegar Vaganza.

Untuk lima episod pertama, Kapsul Gegar Vaganza akan disiarkan pada hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.30 petang bermula 5 Oktober 2020. Siaran ulangan pula adalah pada jam 11.30 malam.

Untuk pengisian di platform digital, program Gegar Vaganza Live Plus akan disiarkan secara serentak di www.gempak.com/gegarvaganza ketika berlangsungnya konsert mingguan GV7 bermula 11 Oktober 2020.


#Gegar Vaganza #GV7 #Jay Jay
;