Netizen mempersoalkan adakah dakwaan isteri penyanyi rap Caprice, Farra Innalis yang didakwa terkena sihir benar selepas melihat wanita itu berjoget sakan di TikTok.

Bagaimanapun, Fara menerusi hantaran di TikTok menjelaskan yang dia tidak mahu menunjukkan dirinya lesu dan tiada selera makan kerana ia bukanlah satu hal yang positif untuk dikongsikan.

@elis620 Reply to @nur_medina12 ♬ original sound - Farra InaLis?

“Sejak akhir-akhir ni saya banyak terima DM daripada korang dan saya baca semua. Ada yang mendoakan, ada juga menceritakan tentang sihir. Tapi ada juga netizen yang mula judge saya sebab, ‘Oh sebab kau tak pakai tudung la kau kena kacau dengan makhluk halus’.

“Ada juga beritahu dekat IG suami kena sihir, tapi dekat TikTok berjoget-joget pula. Eh abang kakak, what do you expect? Awak nak saya tunjuk muka tengah lesu? Nak saya bercerita yang saya tak lalu makan apa? Saya tak suka bagi benda negatif pada pengikut saya. Jadi kalau tak ada benda positif, saya diam,” ujar Farra.

Terdahulu, Caprice memberitahu yang Farra terkena buatan orang sehingga menyebabkan isterinya itu jatuh sakit. Caprice mendakwa ia merupakan perbuatan khianat dan rasa kurang puas hati orang terhadap isterinya.

Caprice turut menjelaskan yang mereka telah mencuba pelbagai kaedah rawatan termasuk perubatan alternatif, namun, isterinya masih belum menunjukkan tanda-tanda akan pulih.

Sementara itu, Farra turut mendedahkan yang dia kurang bersetuju dengan keputusan suaminya untuk berkongsi tentang keadaan dirinya yang terkena sihir.

“Secara peribadi saya dan suami sangat berbeza. Saya lebih suka simpan sendiri kalau Ariz pula suka bercerita dengan netizen.

“Dia suka ambil input daripada netizen-netizen macam kongsi pengalaman. Dia suka ambil tahu benda itu. Sebenarnya kami ada berbalahan juga mengenai sihir ini.

@elis620

nak jugak ikut trend ?✨

♬ Sway (Sped Up Version) - Michael Bublé

“Saya tak nak orang tahu… tak perlu la beritahu semua orang sebab orang tak suka kita itu akan tepuk tangan bila tahu benda itu. Tapi Ariz cakap biarlah, kita ada Allah, kita percaya dengan Allah,” katanya lagi.