“Biadap! Kau Pacak Motor Sampai Terjatuh Orang Tua Tu” -Didakwa Buli Warga Emas, 4 Remaja Akhirnya...
Sejak kelmarin, platform media sosial Twitter menjadi sedikit ‘tegang’ apabila tular video beberapa remaja yang dikatakan membuli seorang warga emas.
Video berdurasi 21 saat itu mengundang kemarahan ramai apabila warga emas yang cuba duduk di atas motor sengaja dijatuhkan oleh seorang remaja dengan melakukan gaya ‘wheelie’.
Kebanyakan mereka menganggap tindakan tersebut sebagai kurang ajar dan tidak berperikemanusiaan.
Namun semalam, empat remaja yang disyaki terlibat dengan video tular itu tampil memohon maaf.
Permohonan maaf tersebut dibuat ketika empat remaja terbabit mengunjungi sebuah rumah dipercayai milik warga emas tersebut.
Menerusi laporan Sinar Harian dan video yang tular di Facebook, permohonan maaf itu turut dibuat sambil disaksikan beberapa penduduk kampung.
Sementara itu, berdasarkan tinjauan Gempak di media sosial beberapa netizen masih tidak berpuas hati dengan apa yang telah dilakukan remaja tersebut.
Kebanyakan mereka mahu pihak berkuasa menyiasat insiden itu dan mengambil tindakan tegas ke atas remaja terbabit.