Hiburan

“Biar Kuali Buruk, Jangan Hati Busuk,” – Faradhiya

gempak
Mya Amri
08/01/2018
05:29 MYT
Sponsor Banner
“Biar Kuali Buruk, Jangan Hati Busuk,” – Faradhiya
Bekas bintang GegarVaganza 2 (GV 2), Faradhiya akui rimas dengan netizen yang sering memperbesarkan hal remeh temeh.
Menurut Faradhiya, dia hairan apabila kuali buruk kegemarannya yang digunakan untuk memasak juga turut menjadi ‘target’ netizen.
Perkara tersebut dikongsi Faradhiya menerusi entri di akaun Instagram (IG)nya baru-baru ini.
“Muka bila tahu orang ada masalah dengan ‘kuali’, senyum dan teruskan memasak. Biar kuali buruk, jangan hati busuk dan buruk.
“Kuali pun jadi isu, pelik betul manusia zaman sekarang. Buat pengetahun yang tidak puas hati dengan kuali kegemaran saya, saya banyak lagi kuali tapi itu yang paling saya suka.
"Kuali tetap kuali, tak kira walau macam mana bentuk sekalipun. Hentikan benci dengan benda bukan-bukan. Selamat pagi semua,” tulisnya
Entri itu juga turut disertakan dengan hashtag #biarkualiburukygpentingdapurberasap dan #talkischeap.
Tidak mempedulikan kata-kata negatif yang dilemparkan terhadapnya, Fardhiya tetap menggunakan kuali tersebut untuk video masakan yang seterusnya.
Foto: Instagram @faradhiya_fd
Teks oleh: Mya Amri
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024