Juara Hero Remaja 2017/2018 Alif Muhaimin mencuri tumpuan netizen apabila memuat naik sepotong video tarian TikTok di Instagramnya baru-baru ini.

Menerusi video tersebut, Alif dihujani komen-komen nakal termasuk yang menegur aksinya yang disifatkan menjolok mata.

Lebih melucukan apabila ada yang bertanyakan tentang pemakaian seluar dalam ketika Alif merakamkan aksi tarian tersebut.

"Pakai spenderlah, bergegar tu orang nampak malu," tulis salah seorang pengguna.

Alif tampil menjawab pertanyaan terbabit dan menjelaskan dia ada menyarung seluar dalam jenis boxer sebelum merakamkan aksi itu.

"Ada je pakai boxer tu, tapi biasalah baka kita," jawabnya.



Pelakon drama Chandelier yang bersinglet dan berseluar panjang ketika itu turut mendapat komen-komen yang difahamkan kebanyakannya daripada pengguna lelaki.



Majoritinya memuji kelembutan badan Alif yang seringkali mempamerkan aksi tariannya sejak kebelakangan ini.