,
Hiburan

Bida Tapak Ramadan Sampai RM35,000? Bagi Mereka, 'No Problem'!

Kamaruddin Razal
23/05/2019
14:28 MYT
Harga awal dibuka pada RM6,000 tetapi ia boleh mencecah sehingga RM35,000.
Itu adalah nilai untuk satu tapak bazar Ramadan di Jitra, Kedah. Namun itu, bukannya kerja orang tengah yang ingin mengaut keuntungan atas angin, lapor Astro Awani.
Ini realiti yang berlaku di Bazar Ramadan Bandar Darulaman, dekat Jitra, Kedah, yang mengguna sistem bidaan kepada peniaga-peniaga yang ingin mendapatkan lokasi strategik untuk menjalankan perniagaan sepanjang bulan Ramadan.
Bidaan perlu dibuat di Majlis Perbandaran Kubang Pasu yang mengendalikan Bazar Ramadan di situ.
Bandar Darul Aman bukan bandar besar jika dibandingkan dengan Alor Setar.
Namun, bandar ini sangat unik dengan tarikan pengunjung yang luar biasa sehingga peniaga sanggup membida sewa sehingga puluhan ribu ringgit.
Menurut peniaga Mohd Suhaili Suhaimi, 32 tahun, dia tidak kisah membida harga sewa sehingga RM35,000 semata-mata untuk mendapatkan tapak di bahagian tengah kerana tahu pulangannya luar biasa.
Katanya, sewa pada tahun ini paling tinggi berbanding kadar sewa pada Ramadan lepas.
“Peniaga-peniaga di sini tak kisah dengan harga yang macam ni. Berbaloi pada yang cuba dilaburkan. Harga tapak ini RM35,000, kalau tahun lepas RM20,000. Tapi tahun lepas ada GST, kira-kira lebih kurang RM35,000 juga,” ujar peniaga Mohd Suhaili.
Harga sewa dibuka bagi keluasan tapak 6x6 meter (20’x20’) adalah RM6,000.
Mohd Suhaili berkata, ini merupakan musim kedua dia menjalankan perniagaan di Bazar Ramadan Bandar Darulaman.
Menurutnya, tahun lepas beliau mencatat jualan baju raya lebih RM200,000 yang dibuka sehingga pagi raya pertama.
Seorang lagi peniaga, Mohd Asim Ahmad, 26 tahun, mengaku menjadi pembida sewa kedua tertinggi iaitu RM29,000 bagi keluasan tapak yang sama bersebelahan tapak Mohd Suhaili.
Katanya, dia juga tidak kisah melabur wang sebanyak itu berikutan tiga tahun berniaga di lokasi berkenaan. “Saya punya khemah murah sikit iaitu di bawah RM30,000. Lepas tu (kami buat) promosi jual baju Melayu dapat butang percuma dan baju perempuan sekali siap karung,” ujarnya.
Mohd Asim menambah, tempat berniaga strategik yang ditawarkan MPKP menjadi antara faktor bazar di situ mendapat sambutan luar biasa.
Sementara itu, bagi seorang lagi peniaga, Hartini Abdul Kadir, 27 tahun, terpaksa membida tiga unit khemah dengan harga RM45,000.
Dia yang mengetengahkan koleksi baju raya jenama Wanniz, mengharapkan kedudukan jualan yang terbaik semata-mata untuk memberi keselesaan kepada para pelanggannya.
“Tawaran istimewa yang kami berikan adalah sesiapa beli baju Melayu, kami akan beri sampul duit raya percuma, butang baju raya dan satu beg khas dengan jenama kami.
“Saya bida khemah ini lebih daripada harga asal, kira tiga atau empat kali ganda jugalah. Saya terpaksa juga bida walaupun harga berkali ganda,” ujarnya.
Sumber: Astro Awani.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Jumpa Kain Pengelap Dalam Murtabak, KKM Kompaun Peniaga!

gempak
28/03/2024
07:15 MYT
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengeluarkan kompaun terhadap pemilik gerai martabak yang didapati cuai sehingga cebisan kain pengelap ditemui dalam makanan itu.
Viral

Selamba Jual Rokok Dekat Bazar Ramadan, Netizen Label Peniaga Hati Kering - “Jual Terbuka Je ‘Keras Betul”

gempak
21/03/2024
11:55 MYT
Ini betul-betul hati 'kering' ni
Viral

Jual 34 Perisa Air Balang, Peniaga Bazar Ramadan Kaut Untung RM10,000 Sehari!

gempak
19/03/2024
11:55 MYT
Alhamdulillah rezeki!
Viral

Beli Popia Inti Hangus, Netizen Hampa Dengan Sikap Tak Jujur Peniaga Bazar Ramadan - “Nanti Boikot Kata Kita…”

gempak
16/03/2024
22:55 MYT
Kalau tak boleh nak jujur tu, tak payahlah berniaga
Laman Utama

Netizen Tuduh Pengasas Produk Kecantikan Sengaja 'Show Off' Agih Sumbangan, Iddin Syah; "Bila Tak Buat Orang Persoal, Jadi Kita Tunjuklah!"

gempak
17/04/2022
16:35 MYT
Tak bagi orang mengata, dah bagi pun orang mengata.