Skip to main content

Berita Tempatan

Big Stage: Salah Percaturan, Faizal Tahir Sedih Sissy Imann Tersingkir

faizal-befunky-collage.jpg
Advertisement
Penyanyi Faizal Tahir mengakui kesemua lapan peserta Big Stage jelas menunjukkan peningkatan positif dalam persembahan di konsert keempat malam tadi jika dibandingkan dengan sebelum ini.

Menjadi juri tetap program terbabit, Faizal beranggapan yang kesemua peserta layak untuk terus berada di pentas Big Stage bagi meneruskan perjuangan.

"Saya beranggapan kesemua peserta berhak untuk terus berada meneruskan perjuangan di Big Stage.

"Saya nampak peningkatan positif dalam persembahan mereka pada minggu ini jika ingin dibandingkan dengan minggu lepas.

"Jadi sebab itu saya pilih untuk menggunakan imuniti supaya tidak ada sebarang penyingkiran yang akan berlaku tetapi percaturan saya salah," kata Faizal.

Faizal atau nama sebenarnya Ahmad Faizal Mohammad Tahir meluahkan rasa sedih apabila Sissy Imann tersingkir pada konsert keempat malam tadi.

"Saya berasa ralat dan sedih apabila Sissy yang tersingkir kali ini.

"Lagu yang dipilih oleh Sissy agak susah untuk dibawa oleh sebab itu dia kurang bernasib baik pada malam ini.

"Tambahan pula dia telah memilih untuk membawa lagu itu sama seperti penyanyi asalnya, Mas Idayu bukan dari cara Sissy," katanya kepada Gempak.

Pada konsert minggu keempat ini, Faizal selaku juri tetap bersama Datuk Seri Siti Nurhaliza telah menggunakan imuniti untuk menyelamatkan peserta daripada tersingkir.

Faizal telah memilih Ariff Bahran untuk diselamatkan kerana markahnya lebih tinggi berbanding Tajul dan Sissy Imann.

Selain Siti dan Faizal, Mas Idayu juga memainkan peranan sebagai juri jemputan untuk konsert minggu keempat.  

Jangan lepaskan peluang untuk terus menyaksikan pertarungan 7 bintang muda dalam rancangan realiti baharu Big Stage.

Big Stage disertai oleh Sarah Suhairi, Ariff Bahran, Afieq Shazwan, Tajul, Syafiq Farhain, Baby Shima dan Wani Kayrie.

Rancangan yang ditaja oleh Vivo dan ditrendkan oleh Tiktok ini akan disiarkan setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Big Stage turut boleh dinikmati melalui platform digital, ASTRO GO dan 'on demand'.

Layari laman web www.bigstage.com.my untuk segala informasi mengenai program ini! 

Must Watch Video

Advertisement