Skip to main content

Selebriti

GV Fantasia Recap: Syafinaz Kagum Energi Stacy, Power Macam ‘Bunny’! - “Tak Pernah ‘Low Bateri’ Atas Pentas”

GV Fantasia Recap: Syafinaz Kagum Energi Stacy, Power Macam ‘Bunny’! - “Tak Pernah ‘Low Bateri’ Atas Pentas”

Sekilas

  • Stacy menduduki tempat pertama minggu pertama Gegar Vaganza Fantasia dengan markah 66.80% dan memenangi anugerah Bintang Paling Power CelcomDigi.
  • Peserta lain yang mendapat markah tinggi termasuk Mila dan Mawi, manakala Firman, Vince, dan Shahir berada di kedudukan terendah minggu ini.
  • GV Fantasia musim ini menampilkan juara dan alumni Akademi Fantasia, disiarkan setiap Ahad di Astro Ria dengan juri terkenal seperti Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang, dan Datuk Syafinaz Selamat.
Advertisement

Konsert minggu pertama Gegar Vaganza Fantasia (GVF) menyaksikan Stacy berjaya menduduki tangga pertama.

Dengan peratusan markah sebanyak 66.80 peratus, Stacy yang menyampaikan lagu Aku Stacy itu juga diumumkan sebagai pemenang anugerah Bintang Paling Power CelcomDigi bagi minggu pertama.

Advertisement

Bagaimanapun, tiga bintang yang berada di kedudukan terendah minggu ini ialah Firman, Vince dan Shahir.

Berikut merupakan recap komen juri beserta markah penuh GVF minggu pertama:

1.Stacy - Aku Stacy (66.80%)

“Sesuatu tentang awak ni, menyanyi, menari memang awak punya trademark, kelebihan anda. Awak memang macam ‘bunny’ yang energizer tu, tak pernah ‘low battery’. Atas pentas, bateri awak sentiasa ada, bagus. Tapi satu tentang penyanyi yang boleh menari ini adalah kena konsisten berlatih sebab sangat penat,” - Datuk Syafinaz Selamat.

Advertisement


2.Mila - Persis Mutiara (66.51%)

“Menyanyi atas pentas sangat susah, sebab kami dengar daripada nafas kamu. Kalau kamu nyanyi macam ni okay, jiwa masih ada, ini sangat bagus. Tapi ini lagu sendiri, maksudnya kamu kena maintain kualiti suara. Jadi bila dapat lagu lain kita tidak tahu macam mana. Keep your standart macam ni,” - Datuk Ramli MS


3.Mawi - Aduh Saleha (56.32%)

“Kita tahu awak Mawi World tapi bila awak keluar dari GVF ini nanti jadi Mawi Galaksi. Nyanyian awak okay, bolehlah sebab awak tiada di depan saya jadi saya tak dapat nak rasa vibe nyanyian awak tu,” - Datuk Syafinaz Selamat
 

4.Faizul - Sepasang Sayap (55.83%)

“Kamu ini unik dan lagu kamu menurut saya cukup sulit kerana lagu ini banyak karakter dan kamu dapat menunaikannya. Lagu ini aman, tapi minggu depan cabarannya tentu berbeza jadi jangan enjoy dulu,” - Hetty Koes Endang.


5.Faizal - Lihatlah (52.76%)

“Saya sangat tone vokal kamu kerana vokal walaupun dah lama tak nyanyi, sehingga sampai di telinga saya korusnya jadi bagus. Di situ ada isi ceritanya, namun pada bunda ada seperti sedikit ‘lay back’ suaranya untuk saya, kecilkan sedikit tonenya. Overall bagus,” - Hetty Koes Endang


6.Zahid - Milikku (51.11%)

“Semput tu tadi awak menyanyi, awak matang, tenang dan sentiasa bersedia atas pentas, attitude sebegitu bagus, tapi bunyi pun penting juga. Tenaga awak macam tak cukup, bukan tak ready. Jiwa pentas masih ada. Saya suka lagu versi fresh,” - Datuk Ramli MS

 

7.Firman - Di Pintumu (51.07%)

“Inilah bunyi Firman, kita tahu ini adalah identiti awak tapi saya rasa awak mungkin ada sedikit masalah sebab kami mahu awak laluu perkara berbeza daripada yang biasa awak lakukan. Persembahan atas pentas nampak selesa dan enjoy, cuma jaga intonasi dan saya mahukan sesuatu yang baru setiap minggu,” - Datuk Syafinaz Selamat.


8.Vince - Milikku (58.66%)



“Keluruhan lagu pertama awak tak boleh pakai, lagu kedua boleh sikit, tetapi dalam tu awak letak banyak perkara teknikal, tiba-tiba falseto naik, tiba-tiba begitu begini, lagu yang susah. Tapi saya kena bagi ‘hands off’ dekat awak. Tapi kena hati-hati, kita tak tengok teknikal apa, kita dengar semua, sedap atau tidak,” - Datuk Ramli MS


9.Shahir - Kebahagiaan Dalam Perpisahan (42.23%)

“Mula-mula awak masuk dah sharp, intonasi kena jaga, kali ini awak berlawan dengan juara juara, jadi awak punya pitch kena melekat, awal tu saya rasa awak terlalu gementar tapi bila sampai korus akhir dah semakin okay, jangan takut” - Datuk Syafinaz Selamat

Untuk info, GV Fantasia musim ini menampilkan himpunan juara serta alumni program Akademi Fantasia.

Menariknya lagi, senarai nama 25 barisan bintang Hot Seat GVF juga turut diperkenalkan.

BACA SINI: GV Fantasia: 25 Bintang Tersenarai, Siapa Yang Bakal Dominasi Hot Seat?

Namun, siapakah yang bakal menggegarkan GVF bersama bintang lain?

GV undi bermula sekarang sehingga Jumaat, 6 petang. 

Maklumat lanjut di gempak.com/gegarvaganza

Untuk info, GV Fantasia musim ini menampilkan himpunan juara serta alumni program Akademi Fantasia termasuk Mawi, Vince, Faizal, Shahir, Mila Jirin, Stacy, Zahid, Faizul Sany dan Firman Bansir.

Menambahkan lagi keterujaan musim ini, GV13 digerakkan oleh trio hos kegemaran ramai iaitu Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Sherry Alhadad.

Sementara itu, barisan juri pula masih mengekalkan tiga nama besar yang cukup dihormati dalam industri muzik, iaitu Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.

Manakala Celcom Digi pula merupakan penaja rasmi Gegar Vaganza Fantasia.

Terima kasih diucapkan kepada penaja kerana terus bekerjasama dengan Gegar Vaganza.

Berlangsung selama 11 minggu, ‘GV13’ bersiaran setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam.

Program ini turut boleh distrim secara On Demand di aplikasi Astro GO dan Sooka. 

 

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement