Skip to main content

Selebriti

GV Fantasia: Baru Mula, Stacy Terus ‘Take Over’ Top 1! Semak Markah Penuh Minggu Pertama

GV Fantasia: Baru Mula, Stacy Terus ‘Take Over’ Top 1! Semak Markah Penuh Minggu Pertama

Sekilas

  • Minggu pertama Gegar Vaganza Fantasia (GVF) tiada penyingkiran dan semua peserta mara ke minggu kedua.
  • Stacy menduduki tempat pertama dengan markah 66.80% dan menerima anugerah Bintang Paling Power CelcomDigi.
  • GVF musim ini menampilkan juara dan alumni Akademi Fantasia dengan siaran setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria.
Advertisement

Minggu pertama program realiti Gegar Vaganza Fantasia (GVF) menyaksikan tiada penyingkiran diumumkan selepas kesemua bintang selamat mara ke minggu seterusnya.

Keputusan tersebut sekaligus memberi peluang kepada bintang-bintang GVF untuk terus memperbaiki mutu persembahan di minggu kedua kelak.

Advertisement

Ketiadaan penyingkiran pada minggu pertama ini juga turut memberi ruang kepada mereka untuk menyesuaikan diri dengan pentas GVF.

Bagaimanapun, Stacy membuktikan kehebatannya apabila berjaya menduduki tangga pertama pada minggu ini dengan meraih peratusan markah sebanyak 66.80 peratus.

Lebih manis, Stacy turut diumumkan sebagai penerima anugerah Bintang Paling Power CelcomDigi bagi minggu pertama.

Advertisement

Sementara itu, tiga peserta yang berada di kedudukan terendah minggu ini ialah Firman, Vince dan Shahir.

Berikut merupakan markah penuh GVF di konsert minggu pertama:

1.Stacy - 66.80%

2.Mila - 66.51%

3.Mawi - 56.32%

4.Faizul - 55.83%

5.Faizal - 52.76%

6.Zahid - 51.11%

7.Firman - 51.07%

8.Vince - 48.66%

9.Shahir - 42.23%


Untuk info, GV musim ini menampilkan himpunan juara serta alumni program Akademi Fantasia.

Menariknya lagi, senarai nama 25 barisan bintang Hot Seat GVF juga turut diperkenalkan.


BACA SINI: GV Fantasia: 25 Bintang Tersenarai, Siapa Yang Bakal Dominasi Hot Seat?

Namun, siapakah yang bakal menggegarkan GVF bersama bintang lain?

GV undi bermula sekarang sehingga Jumaat, 6 petang. Maklumat lanjut di gempak.com/gegarvaganza

Menambahkan lagi keterujaan musim ini, GV13 akan terus digerakkan oleh trio hos kegemaran ramai iaitu Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Sherry Alhadad.

Sementara itu, barisan juri pula masih mengekalkan tiga nama besar yang cukup dihormati dalam industri muzik, iaitu Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.

Manakala Celcom Digi pula merupakan penaja rasmi Gegar Vaganza Fantasia.

Terima kasih diucapkan kepada penaja kerana terus bekerjasama dengan Gegar Vaganza.

Berlangsung selama 11 minggu, ‘GV13’ akan bersiaran setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam.

Program ini turut boleh distrim secara On Demand di aplikasi Astro GO dan Sooka. 



 

Anda mungkin berminat dengan

CLAHSE Wide Leg Jeans Loose Plus Size Fashion High Waist Wanita Denim Bootcut Jeans

CLAHSE Wide Leg Jeans Loose Plus Size Fashion High Waist Wanita Denim Bootcut Jeans

《Mega Deal》Plus Size Adjustable Bra Bamboo Charcoal Simple and Thin Wireless Bra Without Rims

《Mega Deal》Plus Size Adjustable Bra Bamboo Charcoal Simple and Thin Wireless Bra Without Rims

HAPPY2U Kasut Wanita Yugene Glitter Butterfly Sandals

HAPPY2U Kasut Wanita Yugene Glitter Butterfly Sandals

2 in 1 Set Korean Design Pyjamas Women Long Sleeve Silk Sleepwear Pajamas Baju Tidur Perempuan Wanita Pakaian Malam

2 in 1 Set Korean Design Pyjamas Women Long Sleeve Silk Sleepwear Pajamas Baju Tidur Perempuan Wanita Pakaian Malam

《Mega Deal》Ice Silk Seamless Underwear Middle Waist Panties Women Clothing

《Mega Deal》Ice Silk Seamless Underwear Middle Waist Panties Women Clothing

JEEL Chikan Palazzo - With Pockets & Drawstring & Elastic waistband | Embroidery Bottoms |

JEEL Chikan Palazzo - With Pockets & Drawstring & Elastic waistband | Embroidery Bottoms |

Must Watch Video

Advertisement