Kumpulan COEX menjadi peserta kelima tersingkir daripada rancangan realiti hiburan popular Big Stage 5.

COEX yang menyanyikan lagu Cupid tersingkir selepas menjadi peserta tiga terbawah bersama Aufahanie dan Dem Lepak Boyz.

Akur dengan keputusan terbabit, COEX berterima kasih kepada penyokong mereka sepanjang di Big Stage 5.

“Terima kasih bagi yang menyokong kami dari hari pertama kami di sini sampai sekarang! We are the real BBNU,” kata COEX.

Bertemakan Selebriti Memilih, 9 peserta Big Stage 5 diadili oleh juri tetap Ajai dan Aina Abdul serta juri jemputan, Misha Omar.

Minggu ini, Nadeera Zaini memenangi anugerah Dominasi Persembahan Terbaik, hasil pilihan juri-juri profesional. Pemenang membawa pulang wang tunai RM3,000.

Anugerah Paling Pa-Wa bernilai RM1,000 pula dimenangi oleh Puteri Khareeza.

Di bawah merupakan kedudukan peserta berdasarkan markah oleh juri profesional.

1. Nadeera Zaini - 97.67%
2. Firdaus Rahmat - 85%
3. Waode - 84.33%
4. Hoondoo - 82.67%
5. Putera Muhammad - 80%
6. Puteri Khareeza - 69%
7. Aufahanie - 67%
8. Dem Lepak Boysz - 60.33%
9. COEX - 57.33%

Pertandingan ‘Big Stage’ telah menobatkan empat juara sepanjang penganjurannya yang terdiri daripada Sarah Suhairi (2018), bintang Korea Selatan Hanbyul (2019), Azzam Sham (2020) dan Elica Paujin (2022).

‘Big Stage 5’ akan berlangsung selama sepuluh (10) minggu dan bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam mulai 7 Mei, setiap Ahad, jam 9 malam secara eksklusif di Astro Ria (saluran 104).

Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.

BACA: #BIGSTAGE5: “Kami Suka Orang Tak Suka Apa Kami Pakai” - Dikatakan Seksi, Coex Tak Nak Hipokrit​