Menepati ramalan, Big Stage 5 menyaksikan Nadeera Zaini dinobatkan sebagai juara.

Dengan markah keseluruhan sebanyak 68.39%, Nadeera yang menyampaikan lagu berjudul Never Enough berjaya menumpaskab lima calon finalis lain.

Tidak hanya persembahan solo, Nadeera juga turut memukau penonton dengan lagu Gundah dalam pusingan battle mash up bersama Waode.

Malah Nadeera juga berjaya membuatkan para penonton berdiri dan memberikan standing ovation selepas persembahannya. Memang superb!

Naib juara pula dimiliki oleh Waode dan pemenang tempat ketiga adalah Putera Muhammad.

Bintang dari Korea Selatan, Hoondoo pula dinobatkan sebagai pemenang tempat keempat, Aufahanie tempat kelima dan Puteri Khareeza di tempat keenam.

BACA: #BIGSTAGE5: Nadeera Zaini Dinobat Juara, Kaut RM100,000!

Selain juri tetap, minggu akhir Big Stage 5 ini juga menyaksikan para bintang dinilai oleh juri jemputan iaitu Datuk Ramli MS.

Pentas Big Stage 5 diserikan lagi dengan kemunculan pelakon, Jihan Muse sebagai Presiden Netizen.

Di bawah merupakan recap terakhir bagi bintang Big Stage 5 berdasarkan markah oleh juri profesional dan komen-komen yang telah diberikan:

1. Nadeera- Never Enough


“Tak nak cakap bnyak awak excellent singer, awak buat dengan sangat baik. Saya sentiasa doakan awak. Teruskan sokong Nadeera bukan sahaja di Big Stage tapi juga di luar,” - Aina Abdul

“Bakat itu pemberian Tuhan, saya nak babap siapa yang cakap awak tak cantik tu,” - Ajai


2. Waode - I'd Do Anything for Love (But I Won't Do That)


“Kamu memang boleh menyanyi karakter banyak tapi yang paling penting manis adalah nombor satu, manis tu orang beli. Manis bermaksud merdu, kalau nak jadi penyanyi sepanjang zaman harus manis bertambah. Harus keluar album bukan single,” - Datuk Ramli MS


3. Putera Muhammad- Fantasia Bulan Madu


“Dah tak terbuai lagi, hari ini awak dah menonjolkan konsep awak, awak memang rockers lah cerita dia. Bila rockers tu rock dia memang tak boleh hilang. Kekuatan tinggi tu terletak pada feeling juga, kamu dah belajar pergi pada kemampuan sendiri. Sedap,” - Ajai


4. Hoondo- Beautiful


“Thank you for that beautiful performance, excellent arrangement. Saya nak cakap good luck with everything you do after this. After Big Stage jangan lupa Malaysia. Just part last tu ada sedikit salah note,” - Aina Abdul


5. Aufahanie- Pudar


“Kenapa tak manfaatkan air di belakang tu? Keyakinan kamu datang lambat. Mula-mula macam takut. Teknikal semua orang boleh belajar teknikal, tapi intelectual properties kamu harus ada benda tu. Harus belajar tentang business seni, bukan menyanyi sahaja,” - Datuk Ramli MS


6. Puteri Khareeza- Pelukan Angkasa


“Tak ada apa yang saya nak cakap sebab apa yang dipersembahkan adalah konsep individu itu sendiri, kegemaran anda,” - Ajai


Battle Mashed - Up

1. Puteri Khareeza (Toxic) vs Aufahanie (Titanium)


2. Nadeera (Gundah) vs Waode (Semalam)


3. Putera (Bunga Angkasa) vs Hoondoo (Gemuruh)




BACA: #BIGSTAGE5: Nadeera Zaini Dinobat Juara, Kaut RM100,000!

Pentas akhir Big Stage menyaksikan Nadeera Zaini dinobatkan sebagai juara manakala Waode pula diangkat sebagai naib juara.

Manakala tempat ketiga pula menjadi milik Putera dan membawa pulang RM25,000.