BIG STAGE ALPHA

#BigStageAlpha: Afiq Sky Tertekan Lolos Ke Pusingan Separuh Akhir - "Makin Senang Untuk Berada Di Bottom Three"

Ainun Md Zooki 04/06/2025 | 04:55 MYT
Bintang Big Stage Alpha (BSA) Afiq Sky mengakui tekanan yang dihadapinya kini semakin dirasai apabila memasuki minggu separuh akhir.

Jelas Afiq, jumlah peserta yang semakin berkurangan menyebabkan risiko untuk berada di kedudukan tiga terbawah menjadi lebih tinggi.

Justeru itu, dia perlu mengubah corak persembahannya agar lebih menyerlah pada minggu separuh akhir ini.

“Setiap minggu, semakin berkurangan peserta, semakin senang untuk kita berada di tangga tiga terbawah. Jadi, perasaan takut itu ada yang penting.

“Saya rasa saya perlu ubah cara dimana saya perlu lebihkan persembahan solo sebab saya selalu asyik fokus pada markah kumpulan. Mungkin itulah antara penyebabnya saya berada di tangga tiga terbawah,” katanya kepada Gempak.

Tambahnya lagi, walaupun Afiq dapat menarik nafas lega apabila Imuniti X digunakan untuk menyelamatkannya, namun dia sedar bahawa usaha yang lebih perlu diberikan pada persembahan solo demi memastikan dirinya tidak lagi berada di tangga tiga terbawah lagi.

“Saya sangat lega saya dipilih untuk pegang Imuniti X. Jadi, untuk persembahan solo minggu ni saya perlu lebihkan memandangkan Imuniti X sudah habis digunakan,” jelasnya.

Pada masa sama, dia turut berharap agar tiada penyingkiran berlaku pada minggu separuh akhir dan mendoakan agar ketujuh bintang BSA yang masih kekal dapat debut sebagai sebuah kumpulan yang hebat.

“Saya berharap kami tujuh peserta yang masih kekal dalam BSA ni tidak akan tersingkir. Semoga tiada penyingkiran yang berlaku pada minggu semi finals,” harapnya.

Big Stage Alpha yang dihoskan oleh Elly Mazlein dan Rina Nose bersiaran secara langsung dari Shah Alam Royal Theater selama lapan minggu.

Big Stage Alpha pada setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (Saluran 104) dan turut distrim melalui Astro GO dan sooka.

Saksikan melalui Astro Ria, Astro GO, Astro Gempak dan sooka.

Langgan Pek Astro One dengan hanya RM49.99/sebulan.

Strim Senang Hati, Hiburan Tanpa Henti Untuk Seisi Keluarga.

Tingkatkan pengalaman penstriman dengan menaik taraf ke Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan dengan hanya RM139.99/sebulan.

Untuk melanggan atau menaik taraf ke Astro One, layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03-9543 3838.

BERITA BERKAITAN: #BigStageAlpha: “Sepatutnya Saya Masuk Masa Season Nadeera” - Rizal Rashid

BERITA BERKAITAN: #BigStageAlpha: Awienit Reda Tak Terima Imuniti X Daripada Juri - “Afiq Sky Lebih Layak Sebab…”

BERITA BERKAITAN: #BigStageAlpha: Allan Andresn Anggap Penyingkiran Bukan Satu Kegagalan - “Inikan Sebuah Pertandingan Pastinya…”

BERITA BERKAITAN: #BigStageAlpha: Perbezaan Yang Cukup Ketara! Syafinaz Selamat Dedah Sebab Beri Imuniti X Kepada Afiq Sky, Singkirkan Allan Andresn

#Akhir #Tertekan #Separuh #Big Stage Alpha #Afiq Sky