#BigStageAlpha: Kak Lina Pesan Jangan Main-Main! Siap Beri Tips - “Latihan, Senaman, Fokus, Tidur Kena Cukup”
Penyanyi dan juga hos Big Stage Alpha, Elly Mazlein akui teruja untuk melihat persembahan 18 bintang program tersebut.
Buat sehabis baik
Menurut Elly atau lebih mesra disapa Kak Lina, dia berharap kesemua mereka memberikan persembahan terbaik walaupun di minggu pertama memandangkan ada penyingkiran.
“Walaupun di konsert minggu pertama saya nak mereka semua buat persembahan macam final kerana semua sudah sedia maklum minggu pertama pun sudah ada penyingkiran.
“Jadi sekiranya mereka ingin mendapat tempat dalam Big Stage pentas yang besar ini, mereka kena buat sehabis daya,” katanya kepada Gempak.
Jangan sia-siakan peluang
Malah, Elly juga berpesan supaya jangan mensia-siakan peluang yang telah diberikan memandangkan masih ramai lagi yang berharap untuk berada di tempat mereka.
“Saya harap mereka buat yang sehabis baik sebab ramai yang nak masuk tapi belum ada rezeki, dan mereka yang dapat ini sudah ada rezeki jadi buat yang terbaik.
“Mereka ramai, kena bersaing antara satu sama lain, jadi apa yang mampu saya berikan tips kepada adik adik saya ini adalah buat yang terbaik, latihan, senaman, cukup tidur dan fokus dengan apa yang dilakukan,” ujarnya.
ARTIKEL BERKAITAN:#BigStageAlpha: Bakal Jadi The Next Kru? Edry Komen - “Kita Pun Sudah…”
ARTIKEL BERKAITAN:#BigStageAlpha: Syafeek Ikhwan Tak Anggap Usia Satu Halangan, Selesa Bergaul Dengan Gen Z - “Tak Ada Apa Yang Perlu Dimalukan…”
ARTIKEL BERKAITAN:Ada Sebab Elly Mazlein Tak Tayang Wajah Anak - “Saya Tak Mahu Mereka Jadi…”
ARTIKEL BERKAITAN:#BigStageAlpha: Diberi Sentuhan Boy Group, Ini Senarai Lengkap 18 Peserta Berentap Tahun Ini!
Untuk info, kesemua bintang Big Stage Alpha akan dijuri oleh Edry Abdul Halim, Datuk Syafinaz Selamat dan Hael Husaini.
Manakala dua personaliti berkarisma, Elly Mazlein dan bintang Indonesia, Rina Nose pula kembali menggalas tanggungjawab sebagai hos.
Big Stage Alpha akan mula bersiaran pada 27 April 2025, setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (Saluran 104) dan turut distrim melalui Astro GO dan sooka.