Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
BIG STAGE ALPHA

#BigStageAlpha: Kaki Terseliuh Ketika Jalani Sesi Sound Check Berkumpulan, Ray-D Akui Takut Jejaskan Persembahan - “Saya Ambil Inistiaf Rawat Sendiri”

Ainun Md Zooki 13/05/2025 | 12:55 MYT
Bintang Big Stage Alpha (BSA), Ray-D berkongsi dia mengalami kecederaan di bahagian kaki ketika menjalani sesi sound check persembahan berkumpulan sebelum konsert minggu ketiga bermula.

Menurut Ray-D, dia sedikit risau sekiranya tidak dapat menari semasa konsert berlangsung. Namun begitu, dia mengambil inisiatif untuk merawat sendiri kecederaannya bagi mengurangkan bengkak dan mempercepatkan proses pemulihan.

“Kaki saya terseliuh pada hari jumaat masa sound check nyanyian berkumpulan. Sejujurnya saya takut juga kalau saya tak boleh menari pada hari konsert tapi apa yang saya lakukan adalah rendam kaki yang bengkak itu ke dalam air sejuk.

“Kemudian, hari sabtu tu saya cuba gerakkan kaki saya perlahan supaya saya boleh menari nanti,” katanya kepada Gempak.

Tambahnya lagi, dia masih belum mendapatkan rawatan perubatan di hospital untuk kecederaan kakinya. Sebaliknya, dia menguruskan rawatan sendiri di rumah sahaja.

“Setakat ni saya tidak pergi berjumpa dengan doktor. Saya hanya rawat kaki saya sendiri,” kongsinya.

Bagaimanapun, Ray-D mengakui kecederaan yang dialami olehnya itu tidak menjejaskan persembahannya pada minggu ketiga BSA. Malah, dia juga meluahkan rasa syukur kakinya hampir sembuh selepas merawatnya dengan sendiri.

“Kalau nak kata kaki saya yang terseliuh ini menganggu persemabahan saya minggu ketiga ini, tak juga dan alhamudlillah kaki saya hampir sembuh sebab saya masih amalkan rendam kaki dalam air ais untuk kurangkan kesakitan. Jadi, alhamdulillah semuanya semakin pulih,” jelasnya.

Sementara itu, Ray-D turut berkongsi perancangannya untuk menukar genre persembahannya pada minggu keempat nanti.

Katanya, dia bakal menari tarian zapin kerana dia akan menyanyikan lagu Laksamana Raja Di Laut yang dipopularkan oleh Iyeth Bustami.

“Sebenarnya sudah tiga minggu saya bawa genre kpop tapi untuk minggu keempat ini totally saya akan tukar ke genre tradisional. Saya nak cari keistimewaan pada setiap performance saya.

“Jadi, minggu hadapan mungkin saya akan bawa tarian zapin. Saya pun dah bersedia untuk menari tarian itu,” katanya.

BERITA BERKAITAN: #BigStageAlpha: Air Mata Ariel Fesol Gugur, Syukur Diberikan Peluang Kedua - “Saya Datang Ke Sini Dengan Membawa…”

BERITA BERKAITAN: #BigStageAlpha: Rina Nose Is Back! Tok Naz Naik Pentas, Ariel Fesol Menangis? Ini Momen Menarik Minggu Ketiga

BERITA BERKAITAN: #BigStageAlpha: Punya Potensi Besar! Syafinaz Selamat Beri Peluang Kedua Buat Ariel Fesol - “Saya Rasa Ajai Beritahu Itu Adalah…”

BERITA BERKAITAN: #BigStageAlpha: Izzat Ibrahim Cantas Kedudukan Daniel Sher, Peluang Kedua Buat Ariel Fesol

Di minggu ketiga ini, 10 peserta BSA yang masih kekal diadili oleh juri tetap iaitu Datuk Syafinaz Selamat dan Hael Husaini serta juri jemputan, Jaclyn Victor dan Ajai.

Big Stage Alpha yang dihoskan oleh Elly Mazlein dan Rina Nose bersiaran secara langsung dari Shah Alam Royal Theater selama lapan minggu Big Stage Alpha pada setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (Saluran 104) dan turut distrim melalui Astro GO dan sooka.

Saksikan melalui Astro Ria, Astro GO, Astro Gempak dan sooka. Langgan Pek Astro One dengan hanya RM49.99/sebulan.

Strim Senang Hati, Hiburan Tanpa Henti Untuk Seisi Keluarga.

Tingkatkan pengalaman penstriman dengan menaik taraf ke Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan dengan hanya RM139.99/sebulan.

Untuk melanggan atau menaik taraf ke Astro One, layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03-9543 3838.

#Kaki #Terseliuh #Big Stage Alpha #Ray-D