Hiburan

Bila AF2015 Tak Sabar Beraksi Di Konsert Wings 30 Tahun

gempak
Ahmad Shah
28/10/2015
16:00 MYT
Sponsor Banner
Bila AF2015 Tak Sabar Beraksi Di Konsert Wings 30 Tahun
Pemenang tempat ketiga program Akademi Fantasia (AF) 2015, Bila mengaku tidak sabar dan teruja untuk beraksi pada malam Konsert Wings 30 tahun, pada Sabtu ini.
Bila atau nama sebenarnya Nurnajmi Nabila Samsaidi, 19, berkata, jika sebelum ini dia bersama Wings sebagai penyanyi latar, namun berbeza kali ini.
“Bila teruja, tapi kali ini ‘nervous’ sikit sebab sebelum ini Bila bersama Wings di ‘belakang’. Bila bangga diberi penghormatan ini.
“Bila sendiri tak sangka Wings akan beri peluang besar ini kepada Bila. Bila akan gunakan peluang yang diberikan ini sebaik-baiknya.
“Peluang ini diberikan bukan kerana ayah Bila merupakan anggota kumpulan itu, tetapi ia lebih kepada bakat yang saya miliki," katanya kepada Astro Gempak.
Tambah Bila lagi, dia tidak pernah mengambil serius kritikan sesetengah individu yang mengatakan dia mendapat peluang berada di dalam industri kerana bapanya.
“Biarlah apa mereka nak kata. Bila tak pernah terasa atau menganggap mereka dengki atau apa. Cuma bagi Bila, status sebagai anak Eddie Wings adalah satu bonus,” ujarnya.
Selain Bila, lapan penyanyi lain yang akan tampil membuat persembahan tribute pada konsert 31 Oktober ini ialah Ella, Ito (Blues Gang), Datuk Hattan, Azlan The Typewriter, One Nation Emcees, Datuk M.Nasir, Elizabeth Tan, Andy (Flop Poppy), Saiful Apek dan Yassin.
Mereka juga akan diiringi barisan pemuzik profesional iaitu Hillary Ang (gitaris), Rody Kristal (gitaris), Paei (dram), Fly (bes) dan Lee Tse Wan.
Persembahan tribute akan berlangsung pada pukul 8 malam selama sejam sebelum konsert Wings diadakan.
Tiket dijual dengan harga RM285, RM85 dan RM48 (bagi pelajar tertakluk pada terma dan syarat).Orang ramai juga boleh membeli secara dalam talian menerusi www.tickethotline.com.my
Teks Oleh: Hafiza Kamarudin
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024