Pelakon Nora Danish akui diserang anxiety atau kecelaruan keresahan sejak akhir-akhir ini dan sering memikirkan tentang kematian.
Disebabkan itu juga Nora mengambil langkah berjaga-jaga dengan membuat wasiat kepada anak-anaknya.
“Sejak baru-baru ini nak naik kapal terbang sekarang pun anxiety, rawatan tak ada sangat cuma saya lebih kepada membaca.
“Tangan saya akan sejuk, sebab saya fikir anak saya macam mana semua, buat wasiat dan apa benda yang patutlah.
“Mungkin juga sebab PKP, lama tak ke mana-mana, benda tu dah jadi macam itulah,” katanya ketika ditemui Gempak.
Nora ditemui selepas majlis pratonton telefilem terbaharu lakonannya berjudul Kan Cheong bertempat di GSC, The Starling, Petaling Jaya pada Selasa.
Tambah Nora lagi masalah anxiety yang dialami bukan berpunca daripada netizen, sebaliknya disebabkan peningkatan usia.
“Bukan fasal netizen tapi anxiety lebih kepada macam kita dah berumur ni saya lebih takut kepada kematian. Sebagai contoh kalau naik kapal terbang macam-macam kita fikir.
“Saya ni seorang yang sangat emotional, sangat-sangat sensitif, kadang-kadang dua benda ini boleh lead kepada overthinking.
“Selalunya overthinking ini kita akan fikir keburukan tetapi saya tidak, saya cepat-cepat kata pada diri overthinking ini adalah my super power.
“Jadi saya cuba tukarkannya kepada positif, saya fikir okay tak apa saya akan lebih berhati-hati. Benda itu menjadikan saya lebih menghargai orang sekeliling.
“Kita jangan cakap itu keburukan, kita cuba tukarkannya kepada benda positif,” jelasnya.
BACA: Lakonan Nora Danish Mantap! Filem Kan Cheong Angkat Kisah Kesihatan Mental
Dalam perkembangan lain, Nora muncul dalam telefilem Kan Cheong bersama pelakon Jay Iswazir, Niezam Zaidi dan Shima Anuar.
Saksikan Kan Cheong yang akan ditayangkan di pawagam rumah anda, Astro First melalui saluran 480 dan On Demand mulai 11 Ogos 2022 ini.
Mya Amri
Wed Aug 10 2022


sooka Serba Baharu Tawar Harga Menarik Serendah RM14.90 Sebulan!
Tawaran baru sooka ni memang menarik.
_3.png?ext=.png)
Netizen Sekolahkan Individu Merungut, Salahkan Pemotong Rumput Kotorkan Kereta Baru Basuh- “Tak Ada Adab & Empati Ke?”
Mungkin dia marah-marah manja
_5.png?ext=.png)
Sebak! Momen Anak Surprise Mak Ayah Balik Kampung Bikin Banjir Air Mata - "Selagi Mereka Ada, Ambil Berat..."
Hargai ibu bapa anda

Lagi 4 Bulan Nak Raya, Fasha Sandha Dah Siap Baju Untuk Keluarga! - "Saya Risau Terlepas ..."
Awal tak kalut!

Netizen ‘Busuk Hati’ Tengok Budak-Budak Mandi Di Area Air Pancut The Exchange TRX? Ini Jawapan Pihak Pengurusan
Boleh mandi ke tak?
_7.png?ext=.png)
Dipuji Visual Persembahan Kreatif, Nikki Palikat Dedah Minta Pertolongan Pereka Fesyen Melinda Looi
Patutlah cantik bajunya
GELAK 90 Saat (6) - Shuk & Iskandar juara minggu 6
Saksikan Final #Gelak90saat Jumaat 9 malam di Astro Warna & strim di Astro Go
SIAPA "ADIK MOHD" TU NAQIU? | POWERCAT X GV
Rupanya Naqiu selalu ada yang teman bila masuk studio. Dari start masuk sampai keluar pun dia ada je kat situ. Siapa tu?
BINTANG CUCKOO PALING GEMPAK MINGGU 10 - NAQIU
Naqiu menyamakan kedudukan sebagai pemenang terbanyak anugerah ini sebanyak 4 kali. Seronok dapat tilam baru. Bukan biasa-biasa tau, tengok harga la berapa.

Video After Party BCL & Tiko Tular, Netizen Zahirkan Rasa Gusar - “Ashraf Would Be Sad To See This…”
Ramai yang beri kritikan terhadap BCL dan Tiko