,
Laman Utama

Lakonan Nora Danish Mantap! Filem Kan Cheong Angkat Kisah Kesihatan Mental

Mya Amri
10/08/2022
01:17 MYT
Astro First muncul dengan filem terbaharu yang mengetengahkan isu kesihatan mental berjudul Kan Cheong.
Menerusi Kan Cheong Thinkerbell Studios telah memberi kepercayaan kepada pengarah baharu iaitu Noor Azlan Shah yang sebelum ini telah banyak bertindak sebagai Penolong Pengarah.
Filem bergenre thriller drama ini telah menjalani penggambaran selama 10 hari pada awal 2022 di tengah negara masih sedang bergelut dengan pandemik COVID-19.
Segala cabaran yang dihadapi pasukan produksi yang berkampung di sekitar Kajang akhirnya telah berjaya menghasilkan Kan Cheong.
Penerbit filem Kan Cheong, Azahari Hamid juga menaruh harapan yang besar agar ia mendapat perhatian dan sambutan di kalangan penonton.
“Thinkerbell Studios mengucapkan ribuan terima kasih kepada barisan pelakon serta krew yang terlibat serta semua pihak yang menyokong kami dari mula ditubuhkan. Tidak dilupakan kepada seluruh rakan media dan rakan industri,” katanya.
Kan Cheong dibarisi pelakon hebat iaitu Nora Danish sebagai tunggak utama dan dibantu oleh pelakon berbakat Jay Iswazir, Niezam Zaidi serta Shima Anuar.
Kan Cheong yang merupakan buah tangan sulung Thinkerbell Studios akan ditayangkan pawagam rumah anda, Astro First melalui saluran 480 dan On Demand mulai 11 OGOS 2022 ini.
Sinopsis:
Mengisahkan tentang Ayu yang tinggal sendirian mendengar berita mengenai empat orang pesakit mental yang lari dari hospital.
Tidak lama kemudian, seorang lelaki bernama Aman muncul di luar pintu yang datang untuk menghantar barang yang ditempah Nurul.
Ayu memberitahu bahawa tiada Nurul dan Aman mungkin tersalah rumah. Ayu meminta Aman segera pergi namun kerana hujan lebat, Aman meminta tumpang berteduh.
Ayu tidak tenang kerana Aman kerap mengganggunya dengan mengetuk tingkap dapur untuk meminta makanan dan merayu supaya diizinkan masuk kerana sejuk berada di luar.
Apabila petir tiba- tiba berdentum kuat dan rumah blackout, Ayu hilang kawalan kerana terlalu takut lalu berlari keluar.
Melihatkan sikap Aman yang tidak stabil menyebabkan Ayu ketakutan dan mengesyaki dia salah seorang pesakit mental yang terlepas lari.
Apabila Aman memegang pisau atas alasan membantunya memasak, ketakutan Ayu memuncak dan cuba melarikan diri.
Namun apabila dia membuka pintu rumah, Saiful pula muncul di situ. Saiful ingin meminjam telefon kerana keretanya rosak dan handphonenya pula mati.
Ayu terpaksa mengizinkan. Namun, mereka terkejut apabila mendapati wayar telefon telah dipotong dan kucing keluarga Ayu telah dibunuh!
Ayu pula segera lari bersembunyi. Siapakah Saiful dan mampukah Ayu menyelamatkan diri?
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Peraduan

Menang Tiket Premiere The Lord of The Rings: The War of The Rohirrim!

gempak
14/11/2024
06:51 MYT
Menang Tiket Premiere The Lord of The Rings: The War of The Rohirrim sekarang!
Hiburan

22 Tahun Derita & Sering Cederakan Diri Sendiri, Bekas Ratu Cantik Negara Kini Dalam Proses Pemulihan - “Bun*h Diri Tidak Pernah Jadi Pilihan”

gempak
12/11/2024
21:55 MYT
Model dan bekas ratu cantik negara, Shakila Saiful memaklumkan dia kini dalam proses pemulihan di hospital disebabkan masalah kesihatan mental.
Hiburan

Telatah Lucu Zizan Razak & Johan Dalam Baik Punya Ah Long Kini Boleh Ditonton Di Astro First

gempak
07/11/2024
14:18 MYT
Berita baik bagi yang sudah merindui telatah lucu dua pelawak terkenal, Zizan Razak dan Johan, filem terbaharu lakonan mereka berjudul Baik Punya Ah Long (BPAL) kini ditayangkan di pawagam rumah anda, Astro First.
Hiburan

Shasha Abedul Hidap Depresi & Anxiety - “Saya Pergi Terapi & Jumpa Pakar Psikologi, Alhamdulillah Semakin Baik”

gempak
21/10/2024
08:25 MYT
Pelakon, Shasha Abedul akui dirinya pernah mengalami masalah gangguan mental seperti depresi, keresahan berpanjangan sehingga diserang panik.
Hiburan

Inayah Beauty Hulur RM500,000 Bantu 2,500 Keluarga Di Gaza! - "Kami Bercita-Cita Jadikan Kutipan Ini Acara Tahunan"

gempak
20/10/2024
15:15 MYT
Buat julung kalinya, Inayah Beauty telah membuat langkah besar dengan membantu keluarga di Gaza, Palestin, melalui sumbangan RM500,000 kepada Yayasan Nurjiwa.
Unitar