Hiburan

"Bila Darah Mengalir, Buat Aku Rasa Lega" - Hafreez Adam Kelar Tangan, Botakkan Kepala Kerana ...

gempak
Amri Hassan
13/05/2020
06:15 MYT
Sponsor Banner
"Bila Darah Mengalir, Buat Aku Rasa Lega" - Hafreez Adam Kelar Tangan, Botakkan Kepala Kerana ...
Pelakon Hafreez Adam mendedahkan pernah menoreh lengannya berkali-kali kerana bergelut dengan masalah kecelaruan fikiran.
Kata Hafreez, segala kesakitannya hilang apabila melihat darah yang mengalir dari lukanya itu.
"Sekuat mana pun kita. Akan ada satu ketika. Kita akan rebah.
"Aku tak keruan. Aku membotakkan separuh kepala kerana marah... depresi? Entahlah.
"Aku tak berani guna perkataan depresi tu sebenarnya sebab aku tak tahu apa yang sedang berlaku.
"Tapi itu benda pertama aku buat. Selepas beberapa hari aku mula mencederakan diri sendiri. Ya, aku toreh tangan aku!
"Perlahan-lahan. Mula daripada kecil kemudian semakin besar dan dalam. Sampailah lengan aku penuh parut.
"Apa yang aku tahu, itu caranya untuk rasa lega. Untuk keluarkan apa yang aku rasa masa tu.
"Bila darah mengalir keluar, itulah rasanya hilang semua kesakitan.
"Apa yang aku fikirkan? Aku akui itu buat aku rasa lega," katanya yang akan bertahan beberapa jam sebelum kembali mencederakan dirinya semula.
Menceritakan lebih lanjut punca situasi itu berlaku kepadanya, kata Hafreez dia mula-mulanya berdepan tekanan yang sangat dahsyat dalam hidup.
"Selepas sekian lama aku berjuang tapi satu hari aku kalah. Aku jatuh ke dalam lubang yang sangat dalam.
"Aku seorang saja. Hari-hari. Seorang. Aku tak nak keluar rumah dan tak nak ada sesiapa di sisi.
"Aku berdepan macam-macam tekanan dan semuanya buruk bagi aku. Aku macam bangang, tak tahu nak keluarkan macam mana," ceritanya lagi.
Selepas kejadian itu, Hafreez terpaksa menyembunyikannya daripada pengetahuan rakan serumahnya dengan memakai baju berlengan panjang setiap hari.
"Tak ada seorang pun housemates aku tahu yang I was in deep shit masa mula-mula tu.
"Dan aku pandai sorok juga. hari-hari pakai baju lengan panjang/hoodies.
"Tapi Aiman, Hairie dan Haziqah selamatkan aku. Tolong aku berdiri balik," katanya yang mengharapkan sinar harapan.
Malah, peristiwa itu mendekatkan diri Hafreez dengan Allah.
"Jujur. Aku berhenti solat masa umur 18 tahun. Memberontak. Mak marah seratus kali. Seratus kali aku ignore.
"Aku kembali kepada Allah. Aku berdoa setiap hari selesai solat.
"Dan hari ini apabila aku melihat balik parut-parut itu. Itulah pertempuran aku.
"Aku tak pandang parut-parut ni dengan perasaan "I've failed" parut-parut ni adalah tanda yang cakap dekat aku "You're a winner.
"You've been through darkness. kau jatuh dan bangun semula. And here you are. Standing. (as) A winner. Because you've fought," getusnya. Segalanya dicoretkan Hafreez dalam sebuah blog thesestoriesaboutlife sekitar tahun 2013 dan meminta agar semua pembaca mengambil iktibar dengan tindakannya itu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live