Hiburan
“Bila Isteri Tak Ada” – Gaya Epik Aeril Zafril, Macam Ini Ke Rupanya Bapa-Bapa Menyusukan Anak?
Pelakon Aeril Zafril mencuri perhatian wargamaya apabila mempamerkan aksi kelakar sewaktu sedang menyusukan anak perempuannya.
Menerusi laman sosial Twitter, Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Suhari, 31, memuat empat keping foto menyusukan Aya Soffya apabila ketiadaan isterinya, pelakon Wawa Zainal.
“Bila Wawa tak ada,” tulis Aeril ringkas sebagai kapsyen.
Menerusi perkongsian tersebut menunjukkan Aeril melakukan aksi meletakkan mulutnya di atas botol susu Aya ibarat seperti seorang ibu yang sedang menyusukan bayi.When your wife not around.. pic.twitter.com/DYE3OYrSrt— AERIL ZAFREL (@aerilzafrel) December 29, 2019
Hasil tinjauan Gempak di Twitter, rata-rata wargamaya terhibur dengan aksi Aeril menyusukan anaknya.
Malah, tidak kurang juga yang memuji kecomelan Aya Soffya yang kini berusia satu bulan.
“Hahaha dulu selalu aku buat kat adik aku macam tu. Sebab comel sangat,” kata seorang wargamaya.
“Amboi lain macam flawless, kalah baby!” komen seorang wargamaya.
“Lebatnya rambut baby,” puji seorang wargamaya.
“Ku sangkakan bapanya yang menyusu,” usik seorang wargamaya.
“Aik, teringin nak menyusu juga ke bro? Bawakbersabar dulu,” komen seorang wargamaya lagi.
Kicauan foto tersebut sehingga kini telah menerima hampir 3,000 ulang kicau dan 12,000 tanda suka daripada warga Twitter.
Sekadar info, Aeril dan Wawa, 28, mendirikan rumah tangga pada 25 Februari 2012 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 6, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, serta Aya Soffya yang lahir pada 1 Disember 2019.
Must-Watch Video