Hiburan
"Bila Karam Jangan Panik! Jaga Cermin Mata..." - Fara Fauzana Cerita kisah Sampan Karam
Memang seronok kalau dapat pergi bercuti, apatah lagi ke tempat-tempat menarik dalam negara.
Terbaru Fara Fauzana memuat naik sebuah video beliau bercuti di Pulau Bumbum, Semporna, Sabah.
"Citer dia mcm ni, semua org excited bila nampak budak-budak kecik naik sampan.
"Si Shazni Shazwani dah lompat awal-awal dalam sampan dua beradik tapi si kakak pun nak jugak lalu terus hijack satu sampan sorang-sorang," tulis Fara pada caption video tersebut.
Menurut Fara, kerana salah duduk di dalam sampan tersebut, air mula masuk ke dalam sampan.
"Bila karam jangan panik!! Jaga cermin mata tu penting! Hahahha tak laa.. just pegang sampan supaya ada tempat utk bergayut nanti.
"Peringatan kepada adik atau sesiapa pun yg kononnya cuba membantu, JANGAN KETAWA! Sebab mangsa karam pun akan turut ketawa sebab malu," seloroh Fara.
Kesian kat Fara, tetapi tempat yang Fara pergi tu memang cantik betul.
Kredit Gambar: Instagram
Must-Watch Video