Penyanyi dan penyampai radio Haiza Hanafi berkongsi pengalamannya dijeling oleh sekumpulan remaja yang sedang mengulangkaji pelajaran di sebuah restoran makanan segera terkenal.

Haiza berkata, kejadian tersebut berlaku ketika dia dan keluarga singgah di restoran tersebut untuk minum petang.

Bagaimana ketika menghampiri sebuah meja kosong, kumpulan pelajar tersebut tidak membenarkan dia dan anak duduk di situ kerana ‘ada orang’.

“Kejadian itu berlaku ketika saya singgah di Starbucks, Johor Bahru bersama anak saya. Jadi bila nampak tempat kosong, saya nak pergi duduk.

“Tiba-tiba salah seorang daripada pelajar yang duduk di meja panjang tu tak benarkan kami duduk sebab dah ada orang dia kata.

“Selepas itu saya dan anak duduk di tempat lain agak dekat juga dengan mereka…Bila anak saya main dan bersuara tinggi sikit, mereka pandang dan jelling pula ke arah kami.

“Saya pula rasa bersalah sebab anak buat bising tapi kalau nak diikutkan kafe macam tu bukan tempat yang sesuai untuk mengulangkaji pun,” katanya.

Tambah Haiza lagi dia menyokong suara ramai yang tidak bersetuju dengan segelintir pelajar yang menjadikan restoran makanan segera atau kafe sebagai tempat belajar berkumpulan.

“Apa relevannya belajar di tempat begitu? Bukankah kalau nak fokus lebih baik cari tempat yang lebih sesuai?

“Bila rasa terganggu, kononnya nak marah pelanggan lain. Sedangkan diri sendiri tidak sedar berada di tempat salah.

“Sudahlah begitu, pelanggan lain pun hendak duduk dan makan tapi mereka ini dan ‘conquer’ beberapa meja.

“Bukankah itu mementingkan diri sendiri?,” katanya ketika dihubungi Gempak.

Terdahulu Haiza telah berkongsi sepotong berita viral mengenai seorang pelanggan menegur sekumpulan pelajar yang tidak berpuas hati dengan pelanggan lain ketika mereka sedang belajar di McDonalds.

Berita mengenai insiden tersebut tular di laman sosial dan menjadi perbualan netizen yang rata-ratanya tidak bersetuju restoran makanan segera dijadikan tempat mengulang kaji pelajaran.

LAMA DAH PERATI ISU NI.BUKAN MCD JE,STARBUCKS DAN SEMUA CAFE YANG SEWAKTU DENGANNYA. Kejadian di Starbucks JB,siap bwk kertas bentang sebesor besor meja.Buat projek fashion dia.Anak kita bising,jeling pulak!!Tak semua tapi ada perangai macam ni.Tq angkat story ni!! Reposted from @thereportermy Dua budak ni tengah gelak sakan tengok something kat gadget. Tetiba student perempuan ni datang, "Boleh tolong senyap tak?! Both of you disturbing our study. Kitorang tak fokus!". Tu tempat makan kot? Nak study, carilah tempat lain. INSTASTORY SELANJUTNYA - #regrann

A post shared by حيزا (@haizahanafi) on