,
Laman Utama

“Bila Malam Kena Guna Deria Keenam” - Naim Daniel Seru Faizal Azumu Pantau Skate Park Tiada Lampu

Azwa Rahman
16/12/2021
14:09 MYT
Penyanyi Naim Daniel memohon jasa baik Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu untuk memantau kawasan riadah kegemarannya yang tidak mempunyai lampu.
Menerusi laman sosial Twitter, Naim atau nama sebenarnya Muhammad Naim Daniel Baharin, 24, meluahkan perkara tersebut untuk perhatian Ahmad Faizal.
Menurut Naim, tapak papan luncur atau lebih dikenali sebagai Shah Alam Extreme Park, Seksyen 13 ini berada dalam keadaan gelap pada waktu malam akibat lampu rosak.
Mereka yang melakukan aktiviti riadah di kawasan tersebut perlu sentiasa berhari-hati bermain di dalam gelap bagi mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini berlaku.
“Salam @PejaOfPerak, ramai sebenarnya yang nak beriadah dekat skate park seksyen 13 Shah Alam ni, cuma itulah, bila malam kitaorang kena skate guna sixth sense.
“Sebab lampu dah lama tak function. Kesian kitaorang semua,” tulis Naim.
Menjengah di ruangan balas, ramai yang turut menyokong luahan Naim dan salah seorangnya adalah pengarah Razaisyam Rashid yang turut bermain papan luncur di kawasan tersebut.
Malah, selain Ahmad Faizal, ada wargamaya yang turut menyeru Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari dan Majlis Bandaraya Shah Alam untuk menyelenggarakan tapak riadah tersebut.
“Dulu @SyedSaddiq buat visit tengok lampu rosak. Tup tap lampu bernyala. Sekarang dah dekat 3 bulan main dalam gelap duduk berharap lampu dari padang bola kat sebelah. Harap @PejaOfPerak pun boleh kasi adjust on balik la lampu tu,” tulis Razaisyam.
“Laa serious la @naimdanielx lampu takde lagi? almost one half month dah. Tunggu orang mati injury teruk dulu kot baru MBSA nak fix the blackout,” ujar seorang wargamaya.
“Hmmm tempat wall climbing pun dah pecah-pecah. Selalu MBSA lalu sini. Saman parking la tapi,” kata seorang wargamaya.
Selain Naim, antara beberapa selebriti yang turut melakukan aktiviti riadah di kawasan tersebut adalah Aedy Ashraf, Nadhir Nasar dan Daiyan Trisha.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Melingkup Sahajalah Tempat Ni, Lantak Orang Nak Kata Apa” - Naim Daniel Bersuara, Kurang Senang Dengan Kes Buli Di UPNM

gempak
12/11/2024
08:55 MYT
Pelakon, Naim Daniel meluahkan rasa kurang senang berhubung kes buli melibatkan seorang lagi penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) baru-baru ini.
Hiburan

Masih Solo, Iman Troye Tak Kisah Netizen ‘Kenenkan’ Dengan Rakan Artis - “Mereka Seperti Abang Saya..”

gempak
30/10/2024
09:55 MYT
Penyanyi Iman Troye mengakui tidak kisah sekiranya ada segelintir netizen mengaitkannya dengan rakan artis seperti Naim Daniel, Zubir Khan atau Ezra Kairo.
Hiburan

Astro Originals, Project: Exit Kupas Isu Kesihatan Mental & Konflik Keluarga Menerusi Kisah Persahabatan Penuh Emosi

gempak
16/10/2024
02:35 MYT
Selepas mencipta fenomena pada tahun lalu, Astro kini kembali melangkaui sempadan penceritaan industri hiburan tempatan dengan mempersembahkan kisah yang berani menerusi siri premium Astro Originals terbaharu iaitu Project: Exit.
kaharkaplahighcouncil

Kahar Kapla High Council

gempak
11/06/2024
12:58 MYT
Jom! Jom! Jangan tunggu last minute untuk korang join Peraduan Lesen High Council
the-hardest-singing-show

THSS: Raih Posisi Juara Minggu Ke-5, Aepul Roza Dedah Persembahan Terinspirasi Daripada Naim Daniel

gempak
10/06/2024
12:55 MYT
Penyanyi, Aepul Roza mengakui persembahannya pada minggu kelima konsert The Hardest Singing Show (THSS) diinspirasikan daripada persembahan penyanyi Naim Daniel ketika di Anugerah Juara Lagu Ke-34.
Unitar