Pendakwah popular Indonesia, Ustaz Abdul Somad tampil berkongsi pandangan daripada sudut Islam tentang tindakan membakar mayat individu Muslim.
"Itu yang dinamakan fardhu kifayah. Kifayah bermaksud jika sebahagian daripada masyarakat melaksanakannya, maka gugurlah kewajipan tersebut daripada seluruh masyarakat," katanya.
Justeru, Ustaz Abdul Somad menasihati setiap individu yang baru memeluk Islam (mualaf) agar mencatat maklumat identiti dengan lengkap supaya dapat memudahkan proses pengebumian kelak.
"Kalau sudah mengucap dua kalimah syahadah, berikan maklumat peribadi di pusat mualaf termasuk alamat tempat tinggal, info keluarga dan saudara-mara," tambahnya.
Terdahulu, tindakan ahli keluarga yang membakar mayat Dali Wassink mengundang pertikaian ramai lebih-lebih lagi selepas mengetahui Allahyarham merupakan seorang mualaf.
Haram individu muslim
Jelas Ustaz Abdul Somad menerusi sepotong video ceramah yang tular di media sosial baru-baru ini, tindakan tersebut haram bagi seorang yang beragama Islam."Bila ada seorang muslim di mana ibu bapanya tidak tahu bahawa dia sudah muslim tetapi jenazahnya dikremasi (dibakar) maka satu kampung tanggung dosa.
"Itu yang dinamakan fardhu kifayah. Kifayah bermaksud jika sebahagian daripada masyarakat melaksanakannya, maka gugurlah kewajipan tersebut daripada seluruh masyarakat," katanya.
Justeru, Ustaz Abdul Somad menasihati setiap individu yang baru memeluk Islam (mualaf) agar mencatat maklumat identiti dengan lengkap supaya dapat memudahkan proses pengebumian kelak.
"Kalau sudah mengucap dua kalimah syahadah, berikan maklumat peribadi di pusat mualaf termasuk alamat tempat tinggal, info keluarga dan saudara-mara," tambahnya.
@nursaidahnst2311 Membalas @hf_sheza #nursaidahnst2311 ♬ Epic Inspiration - DM Production