Model fesyen yang dikenali sebagai Fahd baru sahaja menjalani sesi konvokesyen. Menerusi akaun TikTok, lelaki tinggi lampai itu memuat naik momen-momen bahagia buat tatapan pengikut.

BERITA TRENDING: Isu Buat Content Pakai Jubah Konvo, Naib Canselor Universiti Titip Nasihat

Namun, di sebalik komen dan ucapan tahniah yang dititipkan oleh pengikut, Fahd juga menerima komen daripada beberapa institusi berbeza bidang yang popular di Malaysia.

Antaranya daripada panggung wayang TGV, pengangkutan awam RapidKL, agensi pembersihan Alam Flora dan juga jenama frozen yogurt, llao llao.

BERITA TRENDING: Bapa Meninggal Dunia 15 Minit Sebelum Terima Skrol, Pelajar Ini Ada Sebab Hadiri Majlis Konvo

Menariknya, setiap daripada komen yang ditinggalkan kedengaran lucu dan menghiburkan. Lebih istimewa, Fahd membalas komen-komen yang ditinggalkan oleh mereka.


Sumber: Platform X