,
Laman Utama

Bapa Meninggal Dunia 15 Minit Sebelum Terima Skrol, Pelajar Ini Ada Sebab Hadiri Majlis Konvo

Izwan Isa
06/11/2023
23:55 MYT
Bayangkan betapa luluh hati tatkala mendapat perkhabaran orang tersayang pergi buat selamanya ketika sedang menunggu giliran naik ke atas pentas bagi menerima skrol sarjana muda yang telah lama diimpikan.
Begitulah yang dirasai oleh Haslina Kalang, 23, pelajar Hubungan Awam di Universiti Sultan Zainal Abidin (UnisZA) yang mendapat khabar ayahnya pergi menghadap Illahi 15 minit sebelum menerima skrol pada majlis konvokesyennya baru-baru ini.
Haslina berkata, dia ada menghubungi ibunya untuk bertanya keadaan arwah bapa, Kalang Tona, namun, panggilan tidak berjawab kerana ibunya sedang mandi.
“Sebelum masuk dewan, saya ada hubungi ibu kerana mahu bercakap dengan ayah, tetapi ibu memberitahu ayah sedang mandi.
"Bagaimanapun, ketika berada dalam dewan dan kira-kira 15 minit gilirannya naik ke pentas, saya menerima panggilan daripada jiran memaklumkan bapa sudah meninggal dunia," katanya kepada BH Online.
Haslina menerima skrol Sarjana Muda Hubungan Antarabangsa (dengan Kepujian) pada Majlis Idul Ilmi Konvokesyen UniSZA Ke-15 (Sidang Ketiga) di Dewan Al-Muktafi Billah Shah UniSZA, Terengganu.
Haslina menambah, dia hadir ke majlis berkenaan ditemani kayak sulungnya. Tambah Haslina, dia memang keberatan untuk datang ke Terengganu, namun bapanya memintanya menghadiri konvokesyen berkenaan.
"Bapa diserang angin ahmar tahun lalu, namun sejak kebelakangan ini keadaannya sedikit merosot kerana sering terjaga tengah malam dan sukar tidur.
"Selepas habis belajar di Unisza tahun lalu, saya dan ibu menjaganya. Malah, apa yang menyedihkan saya tidak sempat berkongsi hari gembira dengan bapa," katanya.
Haslina berkata, sepatutnya dia akan pulang semula ke Tawau, esok, namun mengambil keputusan balik dengan segera hari ini bersama kakak.
"Saya berterima kasih kepada pihak pengurusan UniSZA yang membantu membiayai dengan memberikan RM2,500 untuk kos penerbangan ke Tawau," katanya.
Sumber: BH Online
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Anak Sebak, Bapa Sanggup Derma Buah Pinggang - “Saya Syukur Dapat Peluang Kedua Untuk Hidup Tanpa Dialisis”

gempak
22/11/2024
05:25 MYT
Selepas empat tahun berjuang sebagai pesakit buah pinggang dan menerima rawatan dialisis, seorang doktor akhirnya melahirkan rasa syukur apabila dia kini tidak perlu lagi berbuat demikian serta boleh menjalani kehidupan seperti biasa.
Berita

Peniaga Didakwa Pandu Kereta Laju, Sebabkan Kematian Kanak-Kanak Perempuan

gempak
19/11/2024
09:55 MYT
Seorang peniaga mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas pertuduhan memandu kereta dengan laju sehingga menyebabkan kematian kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun, empat hari lepas.
Berita

Pelajar Tingkatan Dua M*ut Terjatuh Tingkat Lapan Bangunan Sekolah

gempak
19/11/2024
02:25 MYT
Pelajar perempuan Tingkatan Dua ditemukan maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat lapan bangunan sebuah sekolah menengah di Jelutong, Georgetown, Pulau Pinang, semalam.
Hiburan

"Kita Akan Dapat Jumpa Komposer Macam Allahyarham S Atan 10 Tahun Sekali" - M Nasir

gempak
17/11/2024
05:55 MYT
Penyanyi dan komposer legenda, Datuk M Nasir, 67, menyifatkan pemergian Allahyarham Datuk S Atan seorang yang tiada galang gantinya buat industri muzik tanah air.
Sukan

Tokoh Sukan Bola Keranjang Yeoh Choo Hock Meninggal Dunia

gempak
16/11/2024
04:55 MYT
Tokoh sukan bola keranjang dan pentadbir sukan antarabangsa ternama Datuk Yeoh Choo Hock meninggal dunia pagi ini.
Unitar