Produser dan pelakon kontroversi, Raja Azmi Raja Sulaiman antara selebriti yang tidak lokek berkongsi cerita mengenai aktiviti sehariannya di media sosial.

Merujuk pada satu foto terbaru yang dimuat naiknya hari ini, Raja Azmi yang kelihatan bergaya dengan pakaian kasual bersama seluar jeans biru menbarik perhatian netizen untuk memberi komen.

Tengah nak hantar Akid (cucu sulung) pergi sekolah. Tiba2 dengar Eddie panggil.. ingatkan apa, rupanya dia tangkap gambar? #autustic #akid #my #beloved #grandsons

A post shared by Raja Azmi (Kak Mi) (@rajaazmi) on


Jangan tak percaya, selebriti warga emas ini masih kelihatan cantik pada pandangan mata netizen.

Buktinya, dalam komen pada foto terbaru itu yang menunjukkan dia sedang menghantar cucunya ke sekolah sambil menoleh ke belakang selepas dipanggil suami, netizen memuji bentuk badan Raja Azmi yang mesra dipanggil Kak Mi masih cantik.

"Cntik badan kak mi," kata @jaleenashariff.

Begitu juga netizen dikenali sebagai @amrinazabidi berpandangan selebriti itu seolah mengamalkan rahsia awet muda.

"Awet muda la kakmi," katanya.

Teks oleh: Elrafaei Sapi

Foto: IG @rajaazmi