Hiburan
"Bila Saya Tahu Aliff Aziz Jadi Hero Saya Dalam Drama Ini, Saya Rasa...." - Daiyan Trisha
Pelakon dan penyanyi Daiyan Trisha tidak mempunyai sebarang masalah untuk bekerjasama dengan selebriti kelahiran Singapura, Aliff Aziz dalam drama bersiri Sejuta Rasa Buat Adelia.
"Apabila saya dapat mengetahui yang Aliff bakal menjadi hero saya dalam drama bersiri tersebut, saya rasa ini merupakan satu pengalaman yang baru.
"Syukur, Alhamdulillah saya tidak mempunyai sebarang masalah dengan Aliff dan kami bekerja dengan profesional," kata Daiyan.
Dedah Daiyan, dia teringat mengenai status Aliff sebagai suami orang serta sejarah Aliff yang pernah terlibat dengan beberapa isu sebelum ini.
"Saya terus teringat statusnya sebagai suami orang serta kontroversi yang pernah dilalui Aliff ketika saya mula ditawarkan watak sebagai Adelia. Tetapi, saya tidak mahu cepat menghukum.
"Saya tidak mahu perkara tersebut menjadi penghalang untuk saya mengenali dan berpasangan dengan Aliff dalam Sejuta Rasa Buat Adelia.
"Selepas itu, penggambaran pun bermula. Semuanya berjalan seperti biasa. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar," katanya lagi.
Selain Daiyan dan Aliff, drama bersiri Sejuta Rasa Buat Adelia turut menampilkan lakonan Elvina Mohamad, Adam Lee, Vicha, Zalif Sidek dan ramai lagi.
Jangan lupa saksikan episod akhir Sejuta Rasa Buat Adelia malam ini, jam 10.00 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).
Teks: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Daiyan
Must-Watch Video