Hiburan
Teruk Dikecam Cuba Ambil Kesempatan Terhadap Pekerja, Shuib; "Demi Allah... Tiada Langsung Niat Saya"
Pelawak, pelakon dan penyanyi Shuib Sepahtu tidak akan mengambil kesempatan terhadap kesempitan orang lain.
BERITA BERKAITAN: Dituduh Guna Hasil Wang Haram, Shuib Mahu Ambil Tindakan Undang-Undang - “Saya Memang Suka Saman-Menyaman”
BERITA BERKAITAN: Isu Gagal Bayar Cukai, Shuib Tak Anggap Pengakhiran Untuk Perniagaannya - "Tuhan Kan Dah Janji…”
BERITA BERKAITAN: Shuib Syukur Ada Peneman Di Mahkamah, Watie Hanifiah Siap Puasa Sunat - “Nak Minta Kat Allah…”
Hal ini kerana dia juga bukan datang daripada keluarga yang senang.
"Demi Allah saya tidak akan mempergunakan sesiapa pun. Saya tak mungkin buat orang macam itu.
"Saya akui kesilapan dalam perniagaan saya yang tidak membayar socso kepada pekerja. Tetapi itu semua saya akan perbaiki. Tiada langsung niat saya nak kenakan orang.
"Saya bersyukur masih ada pekerja saya yang setia dan menyokong saya daripada belakang. Hinggakan ada pekerja yang mahu saya lawan hingga nama saya bersih," katanya.
Luahan itu dikongsikan Shuib apabila ada yang mendakwa dia hanya berpura-pura prihatin, sebaliknya menggunakan kesempatan terhadap kekurangan orang lain.
Dalam nada sedih, Shuib memberitahu 2024 bukanlah tahun terbaik buatnya apabila berdepan beberapa kes mahkamah.
Shuib berdepan denda RM17,500 oleh Mahkamah Majistret Shah Alam, Isnin lalu atas tujuh pertuduhan termasuk tunggakan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).
Namun katanya, dugaan dihadapi bukanlah satu kegagalan dalam hidup.
"Syukur saya ada isteri yang terus menjadi tulang belakang saya.
"Satu persatu ujian saya hadapi. Tapi ini bukan pengakhiran untuk perniagaan saya," kata Shuib sugul.
Tiga hari lalu, Isteri kepada Shuib iaitu usahawan Watie Hanifah mengakui dia juga pernah menjadi netizen apabila sering menilai kehidupan selebriti dengan hanya membaca berita yang dilaporkan.
Sebelum ini pelawak itu hebat dikecam di laman TikTok apabila ramai yang mendakwa Shuib cuba mengambil kesempatan diatas kelemahan pekerja-pekerjanya.
Must-Watch Video