,
Laman Utama

“Bila Tenang Maka Kuat Hatinya” - Fadzilah Kamsah Beri Kata Semangat Buat Puteri Sarah

Mya Amri
10/02/2023
04:45 MYT
Pakar motivasi terkenal, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah menitipkan kata-kata semangat buat pelakon, Puteri Sarah Liyana yang kini berdepan dengan dugaan rumah tangga.
Menerusi akaun Instagram, Puteri Sarah meluangkan masa bercuti di Dubai Desert Safari bersama anak-anaknya iaitu Syaikhul dan Sumayyah.
“Tenangkan dirimu dalam segala situasi karena ketenangan adalah kekuatannya,” kongsinya.
Bagaimanapun kapsyen itu telah menarik perhatian pakar motivasi berkenaan yang kemudian membalasnya dengan kata-kata positif.
“Benar, nak. Ramai orang hari ni minta cari kekuatan. Tetapi bila dapat kekuatan, ujian juga bertambah kuat.
“Bila dapat kekuatan, belum tentu tenang hatinya. Namun bila dapat tenang, maka kuat hatinya. Selamat bermusafir dan mencari diri ya nak,” tulis beliau.
Dalam pada itu menerusi ruangan komen yang sama, ibu mentuanya, Datin Patimah juga turut menyatakan perasaan sebaknya selepas melihat foto percutian itu.
“Membawa diri dan anak-anak hingga ke padang pasir,” tulisnya beserta emoji sedih.
Sementara itu, rata-rata pengikut Instagram Puteri Sarah juga memberikan ucapan semangat buat dirinya serta ibu mentua.
“Hatinya terlalu sakit, mungkin sedang melawan segala derita jiwanya. Semoga Allah melindungi Puteri Sarah dan anak-anak,” komen seorang pengikut.
“Nampak je gembira, dalam hati hanya Tuhan yang tahu. Datin kekuatan cucu-cucu dan menantu. Satu dalam sejuta, mak mentua baik pun satu rezeki buat Puteri Sarah,” tulis seorang lagi.
Untuk info, netizen melabelkan Puteri Sarah sebagai wanita hebat keran memperjuangkan haknya sebagai seorang isteri susulan konflik rumah tangganya bersama pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof.
Konflik tangga Puteri Sarah dan Syamsul mula diperkatakan sejak empat tahun lalu, tetapi anak Datuk Yusof Haslam itu tidak pernah membuka mulut mengenainya.
Bagaimanapun pengakuan Syamsul membuatkan topik berkaitan kemelut rumah tangganya dan kehadiran Ira Kazar sebagai isteri kedua hangat diperkatakan sehingga 'trending' dalam media sosial.
Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam, 5, dan Summayah, 3.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
muzikal-lawak-superstar-4

MLS4: Berada Di Pentas Komedi Pencapaian Besar Untuk Puteri Sarah Liyana - “Saya Belajar Untuk Buat Lawak Secara…”

gempak
10/11/2024
09:55 MYT
Tersingkir di minggu suku akhir pada Ahad lalu, pelakon Puteri Sarah Liyana bagaimanapun berkata dia banyak belajar sepanjang berada di pentas Muzikal Lawak Superstar 4 (MLS4).
muzikal-lawak-superstar-4

MLS4: “Selepas Show Saya Terus Minta Maaf, Dia Kata…” - Kartina Aziz Terkejut Puteri Sarah Jatuh Terduduk

gempak
03/10/2024
03:55 MYT
Pelakon vateran, Kartina Aziz tidak dapat menolak pelawaan aktres, Puteri Sarah Liyana untuk menjadi tetamu jemputan bagi kumpulan Gebu di program Muzikal Lawak Superstar (MLS4) minggu lalu.
Hiburan

Puteri Sarah Doakan Terbaik, Selesa Berkawan Dengan Syamsul Demi Anak

gempak
30/08/2024
05:55 MYT
Pelakon Puteri Sarah Liyana menyatakan tidak mungkin akan merujuk kembali dengan bekas suaminya, Syamsul Yusof  meskipun pengarah itu dikatakan bercerai dengan isterinya, Ira Kazar.
Hiburan

Dilabel Ratu Court, Puteri Sarah Nafi Sanggup Naik Turun Mahkamah Sebab Wang - “Kita Saman Orang Bukan Sebab Nak Duit”

gempak
30/08/2024
04:55 MYT
Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 39, menegaskan  kehadirannya ke mahkamah bukanlah sekadar suka-suka sebaliknya tindakan itu dilakukan kerana ada pihak yang menganggu ketenteraman hidupnya sehingga terpaksa membawa isu ke muka pengadilan.
Hiburan

Puteri Sarah Zahir Rasa Syukur Kes Saman Bekas Kakak Ipar Ira Kazar Selesai - “Alhamdulillah…”

gempak
30/08/2024
03:55 MYT
Pelakon, Puteri Sarah Liyana menzahirkan rasa syukur selepas kes tuntutan samannya ke atas bekas kakak ipar Ira Kazar iaitu Wiwi Darvinda Mazwena Mazlan dapat diselesaikan dengan cara baik.
Unitar