Laman Utama
Billie Eilish Pernah Makan Pil Kurus, Dedah Punca Berpakaian Baggy...
Di sebalik kejayaan penyanyi Hollywood, Billie Eilish, mungkin ramai yang tidak tahu tentang detik sukar yang pernah dialaminya pada waktu silam.
Baru-baru ini, Eilish mendedahkan dia pernah tidak gembira dengan saiz tubuhnya suatu ketika dahulu.
Memetik laporan Celebrity Insider, Eilish pernah berlapar dan mengambil pil kurus ketika berusia 12 tahun.
Menurut Eilish, dia berbuat demikian ketika itu kerana perasaan benci terhadap tubuhnya sangat kuat, lalu perkara itu menambah kerisauan orang di sekelilingnya.
"Saya rasa orang di sekeliling saya berasa lebih risau berbanding diri saya ketika itu.
"Sejujurnya, saya mula pakai pakaian longgar (baggy) disebabkan saiz badan saya.
"Saya pernah mengambil pil kurus untuk menurunkan berat badan ketika berusia 12 tahun, bukan hanya saya yang tidak suka saiz badan sendiri, malah 'internet' juga tidak menyukainya," katanya dalam sebuah kenyataan.
Difahamkan, Eilish merujuk kepada reaksi negatif yang pernah diterima terhadap foto dirinya memakai baju singkat dan seluar pendek tidak lama dahulu.
Eilish juga mengeluarkan kenyataan sinis tentang penerimaan saiz tubuh wanita dalam kalangan warganet.
"Internet benci akan semua tubuh wanita, internet benci wanita," katanya lagi.
Dalam perkembangan lain, Billie kini popular dengan beberapa lagu baru seperti Thefore I Am dan No Time To Die yang juga menjadi runut bunyi untuk filem terbaru James Bond, No Time To Die yang masih belum ditayangkan akibat pandemik COVID-19.
Sumber : Celebrity Insider
Kredit Foto : NPR & Insider
Must-Watch Video