Hiburan

"Bimbing Bukan Menghukum" - Walaupun Dikutuk, Syed Saddiq Tetap Mahu Bimbing Geng Basikal Lajak

gempak
Hanafis Haris
08/11/2019
11:16 MYT
Sponsor Banner
"Bimbing Bukan Menghukum" - Walaupun Dikutuk, Syed Saddiq Tetap Mahu Bimbing Geng Basikal Lajak
Disaat orang ramai melemparkan cemuhan dan rasa tidak senang dengan kewujudan remaja berbasikal lajak, Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Abdul Rahman mengambil pendekatan sebaliknya.
Menerusi satu posting di Facebooknya, Syed Saddiq menjelaskan golongan tersebut sebenarnya memerlukan bimbingan dan bantuan dari orang.
"Saya dikutuk kerana mengambil pendirian untuk membimbing dan bukan menghukum.
"Saya akan terus mendekati komuniti ini. Saya mahu mereka jadi anak anak yang berjaya.
"Saya tidak mahu lihat tragedi yang sama berulang. Kehilangan nyawa yang menyedihkan semua. Kita harus belajar dari kesilapan.
Tambahnya, telah menjadi tanggungjawab kitta bersama untuk membantu mereka.
"Segelintir dari kita suka menghukum dan gagal untuk membimbing. Dari terus menghina mereka, saya pilih untuk melatih mereka dengan pendidikan TVET (Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional)," katanya dalam kenyataan di Facebook.
Terdahulu, perbincangan mengenai aktiviti basikal lajak kembali menjadi tumpuan selepas Mahkamah Majistret Johor Bahru pada 28 Okt lalu membebaskan seorang jurujual wanita daripada tuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal, dua tahun lepas.
Syed Saddiq sebelum ini pernah menyatakan untuk pembinaan litar khusus bagi penunggang basikal lajak dan kementeriannya sudah pun menjalankan pelbagai bengkel melibatkan aktiviti itu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024