Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Bintang Beverly Hills 90210 & Charmed, Shannen Doherty Meninggal Dunia

Maliah Surip
14/07/2024 13:27 MYT
Khabar duka datang dari dunia Hollywood. Salah seorang aktres terkenal sekitar tahun 90-an, Shannen Doherty meninggal dunia pada usia 53 tahun.

Doherty yang cukup ikonik dengan siri Beverly Hills 90210 dan Charmed dilaporkan menghembuskan nafas terakhir pada Sabtu, 13 Julai 2024 selepas bertarung dengan kanser payudara.

“Dengan berat hati kami mengumumkan aktres Shannen Doherty telah meninggal dunia pada Sabtu, 13 Julai 2024 selepas bertahun-tahun bertarung dengan kanser,” bunyi kenyataan yang dikongsikan pihak Doherty kepada People.

BERITA TRENDING: Shannen Doherty Kini Idap Kanker Payudara Stadium Empat

Bersama kenyataan tersebut, semua pihak diminta untuk memberi ruang dan privasi buat seluruh ahli keluarga yang bersedih dengan kehilangan bintang tersebut.

Doherty pertama kali didiagnos menghidap kanser payudara pada tahun 2015. Dia sempat sembuh sebelum kanser menyerang kembali pada 2017.

“Kanser saya kembali dan sudah berada pada tahap 4. Jujurnya saya sukar menerima tapi perlu menelannya.

“Kenapa saya? Kenapa bukan orang lain? Adakah saya layak menerima semua ini?,”katanya dalam satu temu bual tidak lama dahulu.

Doherty pertama kali meraih populariti dan menjadi pujaan menerusi watak Brenda Walsh di dalam Beverly Hills 90210 bersama bintang seperti Luke Perry dan Tori Spelling.

Dia kemudian terkenal sebagai Prue Halliwell menerusi siri Charmed.

BERITA TRENDING: Terinfeksi Covid 19, Pemeran Utama Charmed, Alyssa Milano; Penyakit Ini Bukan Hoaks

BERITA TRENDING: Ini 5 Karya Kisah Adik-Beradik Paling Ikonik Yang Wajib Anda Tonton!

BERITA TRENDING: Mahu Mati Dengan Aman, Eddie Murphy Larang Keluarga Adakan Majlis Pengebumian

#Hollywood #Meninggal Dunia #Beverly Hills 90210 #Shannen Doherty