Skip to main content

Hollywood

Mahu Mati Dengan Aman, Eddie Murphy Larang Keluarga Adakan Majlis Pengebumian

astro_gempak_eddie_murphy.jpg

Aktor dan pelawak terkenal Eddie Murphy ternyata sudah punya perancangan tersendiri mengenai hari kematiannya.

Murphy yang kini berusia 63 tahun mengaku melarang keluarga untuk melakukan majlis pengebumian saat dirinya meninggal dunia.

“Tapi saya tidak mahu ada majlis pengebumian. Kebumi sahaja tanpa keraian. Saya mahu mati dengan aman,” katanya sewaktu ditemu bual seorang wartawan, Kevin McCarthy, lapor People.

Murphy yang kini kembali dengan francais filem Beverly Hills Cop iaitu Beverly Hills Cop: Axel F kemudian bergurau peminat patut memainkan lagu jingle filem tersebut pada hari kematiannya.

“Itu hanya gurauan mainkan jingle Beverly Hills,” katanya.

Beverly Hills Cop: Axel F merupakan francais keempat yang menyaksikan Murphy membawa watak seorang polis, Axel Foley.

Must-Watch Video

Advertisement