Laman Utama

Bintang MasterChef Junior US, Ben Watkins Meninggal Dunia Pada Usia 14 Tahun

gempak
Azwa Rahman
19/11/2020
11:37 MYT
Sponsor Banner
Bintang MasterChef Junior US, Ben Watkins Meninggal Dunia Pada Usia 14 Tahun
Bintang program realiti masakan, MasterChef Junior US, Ben Watkins dilaporkan meninggal dunia akibat penyakit kanser pada usia 14 tahun.
Berita kematian chef cilik itu disahkan oleh ahli keluarga Ben pada Isnin.
Kematian Ben juga turut dirasai oleh juri rancangan popular itu, Gordon Ramsay yang menyifatkan Watkins sebagai seorang chef muda berbakat dan cekal.
Watkins membintangi rancangan masakan popular itu pada tahun 2018.
Difahamkan, Ben datang dari sebuah keluarga yang susah.
Dia telah kehilangan ibu bapanya dalam kes bunuh diri tiga tahun lalu dan dibesarkan oleh neneknya, Donna Edwards dan bapa saudaranya, Anthony Edwards.
Bapa Ben telah menembak mati ibunya dan kemudian membunuh diri dengan senjata api yang sama.
“Dia telah pergi untuk bertemu dengan ibunya pada petang hari ini setelah bertarung nyawa melawan kanser untuk tempoh setahun setengah.
“Biarpun kami berasa sedih dengan kehilangannya, namun kami berasa lega kerana penderitaannya telah berakhir dan kami terharu kerana dia disayangi ramai orang di sepanjang hayatnya," kata Donna dan Anthony dalam kenyataan yang dikeluarkan.
Ben berasal dari Chicago dan mendapat kemahiran dalam bidang kulinari selepas bekerja dengan bapanya di restauran milik keluarganya, Michael's Barbecue Restaurant.
Dia juga pernah menyatakan bahawa dia mewarisi kemahiran dalam bidang bakeri menerusi ibunya.
Sumber: Astro Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live