Laman Utama

Bipolar, Janna Nick Nafi Cuba Raih Simpati - "Kalau Betul, Saya Dah Buat Dari Dulu Lagi"

gempak
Shahrin Zulkifle
24/08/2022
08:00 MYT
Sponsor Banner
Bipolar, Janna Nick Nafi Cuba Raih Simpati - "Kalau Betul, Saya Dah Buat Dari Dulu Lagi"
Pelakon Janna Nick menjelaskan dia sama sekali tidak memerlukan simpati orang ramai berikutan masalah gangguan bipolar yang dihadapinya sejak beberapa bulan lalu.
Menurut Janna, dia sedar wujud segelintir pihak yang mengatakan dirinya sekadar ingin meraih belas kasihan peminat apabila dia berkongsi masalah kesihatan mental di Instagram.
Malah, Janna turut mendedahkan dia mempunyai surat daripada pegawai perubatan yang mengesahkan dirinya benar-benar mengalami masalah tersebut.
“Sumpah tak minta simpati dari sesiapan pun dan saya sama sekali tidak memerlukan itu, kalau betul saya minta simpati saya sudah buat dari dulu lagi dan bukannya sekarang, kalau mereka di luar sana ingin berkata itu terserah kepada mereka.
“Tiada sebab untuk saya menipu atau sengaja nenceritakan sakit yang saya alami, kerana saya ada surat dari pihak Doktor,” katanya ketika ditemui pada Majlis Malam Gala Tayangan Filem Juang yang turut dilakokan oleh Janna.
Sementara itu, Janna atau nama asalnya Nurul Jannah Muner, 26, sedar tindakan berkongsi masalah kesihatan mental di Instagram seakan membuka aib sendiri, namun tujuannya hanyalah untuk memberi kesedaran kepada umum.
Malah, niat Janna adalah untuk menyampaikan mesej kepada individu yang mengalami masalah sama bahawa mereka tidak bersendirian mengharungi ujian tersebut.
“Walaupun saya sedar perkara itu tidak perlu dikongsi tetapi niat saya adalah untuk memberitahu mereka yang menghidapi masalah yang sama dengan saya, mereka tidak keseorangan.
“Orang yang pernah lalui saat yang sama dengan saya sahaja akan memahami. Bila kita ada masalah kesihatan mental sampai satu tahap sehingga rasa tidak ingin lagi hidup di dunia ini.
“Jadi tujuan saya cerita di Instagram dulu sekadar untuk beri kesedaran kepada masyarakat betapa seriusnya masalah ini
“Biarpun tindakan saya seperti membuka aib sendiri, namun niat saya untuk beri semangat kepada mereka yang senasib dengan saya untuk terus kuat dalam menjalani kehidupan seharian,” tambah Janna.
Terdahulu media melaporkan Janna tampil mendedahkan dia menghidap penyakit bipolar atau bahasa mudahnya suatu kondisi mental yang menyebabkan terjadinya perubahan mood yang esktrem.
Bagaimanapun, Janna memaklumkan dia sudah mendapatkan rawatan dan mengambil ubat atas nasihat doktor.
Selain Janna, Juang yang bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 8 September depan turut dibintangi barisan pelakon tanah air lain seperti, Zul Ariffin, Zizan Razak, Izzue Islam, Sangeeta, Angelin Tan, Vanidah Imran, Datuk Romsyam Nor dan ramai lagi.
Sinopsis:
Juang bakal mengangkat kisah perih getir para pemain barisan hadapan atau frontliners termasuk polis, doktor, jururawat, tentera serta penghantar makanan dalam memastikan keselamatan rakyat Malaysia terjamin.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live