Skip to main content

Selebriti

‘Kekal Relevan’ Ibarat Kayuh Sampan Lawan Arus Sungai, Khairul Aming Kongsi Pesanan Untuk Capai Impian - “Cara Paling Senang Ialah…”

‘Kekal Relevan’ Ibarat Kayuh Sampan Lawan Arus Sungai, Khairul Aming Kongsi Pesanan Untuk Capai Impian - “Cara Paling Senang Ialah…”

Sekilas

  • Article content is missing, so a summary cannot be generated.
  • Please provide the article text to proceed with the summary.
  • Ensure the article matches the specified brand tone and language rules for accurate summarization.
Advertisement

Usahawan, Khairul Aming berkongsi beberapa pesanan buat mereka yang ingin mencapai impian besar dan berjaya dalam bidang yang diceburi seperti dirinya.

Menerusi perkongsian di Threads, Khairul berkata dia menjadikan setiap impian sebagai satu sasaran dan bukan sekadar angan-angan.

Advertisement

"Pertama saya jadikan impian ini satu KPI yang boleh diukur dan bukan sekadar berangan semata-mata.

"Kemudian saya kena letak KPI berapa ribu pendapatan nak ada sebulan selepas saya resign. Katakan saya nak 5000 jadi saya kena set KPI supaya dalam tiga minggu pertama saya dah capai 5000 itu. Lagi satu minggu, kita letak buffer untuk push for extra.

"Kita juga kena selalu tingkatkan skill supaya kita sentiasa bersedia bila impian itu sudah semakin hampir. Sebagai contoh, bayangkan kita dah nak cecah jualan RM1,000000 tetapi kita langsung tak tahu pasal cukai, berapa nak rolling balik, berapa keuntungan sebenar, zakat dan sebagainya,” tulisnya.

Advertisement

Dalam masa sama, Khairul turut mengingatkan orang ramai supaya sentiasa menambah ilmu dan meningkatkan kemahiran sekurang-kurangnya satu jam setiap hari menerusi platform digital.

"Kemudian perasan tak kenapa dekat tempat kerja kita selalu datang training, ada workshop dan tambah skill tetapi untuk kerja sendiri tiada pun skill yang kita cuba upgrade.

“Cara paling senang ialah cuba luangkan sekurang-kurangnya satu jam setiap hari untuk tambah ilmu seperti YouTube TikTok Instagram dan banyak video pendidikan yang ada,” ujarnya.

Bukan itu sahaja, pemilik restoran Rembayung itu turut menasihati orang ramai supaya belajar mengawal diri dan tidak mudah memberikan alasan dalam melakukan sesuatu perkara.

Mengulas mengenai usaha untuk kekal relevan dalam industri, Khairul menyifatkannya seperti mengayuh sampan melawan arus sungai yang memerlukan usaha berterusan.

"Ketiga, selain daripada disiplin kerja, kita juga kena berdisiplin dalam mengawal nafsu diri. Pada akhirnya kita semua bergantung pada diri kita sama ada nak buat atau tidak. Alasan itu tidak akan pernah habis.

"Nak kekal relevan dalam market ini ibarat mengayuh sampan lawan arus sungai. Kalau kita kayuh lebih kuat dari arus, kita akan bergerak ke hadapan. Kalau kita kayuh sekadar nak imbang arus, kita kekal kat tempat sama. Kalau kita berhenti kayuh, kita akan dihanyutkan ke belakang,” kongsinya.

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement