Setiap kali menyambut hari kelahiran, pastinya kita ada permintaan untuk diri sendiri terutamanya daripada adik beradik, ahli keluarga dan sahabat handai.

Namun berlainan pula dengan pelakon kacak Zahiril Adzim yang bakal menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-37 tahun sehari sahaja lagi.

"My handsome man. Lagi 2 hari birthday aku, 23 Januari. Adik aku esok, 22 Januari. Birthday kitaorang kali ni taknak mintak apa-apa selain daripada doa kalian keluarga, saudara mara, sahabat, followers dan supporters.

"Ayah aku akan menjalani pembedahan esok (hari ini) untuk merawat kanser beliau, stage 3. Lately ni lepas buat kimo, ayah nampak makin sihat, makin berisi. Happy kami sekeluarga tengok. Operation ini adalah treatment terakhir untuk merawat kanser ayah kata doktor," tulis Zahiril pada satu entri berkongsi gambar ayahnya di Instagram miliknya.

Tambah Zahiril, dia berdoa semoga kanser yang dialami oleh ayahnya dapat dibuang, dan ayahnya kembali sihat serta boleh terus berkebun di belakang rumah.

"Serious, tahun ini birthday aku taknak mintak apa-apa selain dari doa korang. Jarang-jarang aku mengharapkan apa-apa dari followers dan supporters aku cuma kali ini aku berhajat sangat agar kalian mendoakan operation ayah aku berjalan dengan lancar dan ayah dikurniakan الله kesihatan seperti sediakala.

"Doa dan tawakkal dari kami sekeluarga telah dan sedang kami jalankan. I love you Ayah, my Guru, my hero, ma maannn!" tulis Zahiril lagi.

Zahiril turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan ayahnya. Biarpun tidak dapat menjawap satu persatu doa yang ditulis oleh peminat dan pengikutnya di Instagram, Zahiril turut mendoakan semoga Allah SWT membalas segala kebaikan semua.

A post shared by Zahiril Adzim (@zahiriladzim)


Kami di Gempak turut mendoakan semoga pembedahan ayah kepada Zahiril yang dilakukan hari ini berjalan lancar dan berjaya membuang kanser yang dialaminya serta kembali sihat seperti sediakala.

Kredit Gambar: Instagram Zahiril Adzim