Blacklist Nama Ruhainies, A Aida Masih Jaga Ukhuwah Sebagai Kawan - "Bila Jumpa Boleh Salam, Peluk, Cium"
Firdaus
22/05/2024 23:55 MYT
22/05/2024 23:55 MYT
Jika sebelum ini pernah menyenarai hitamkan (blacklist) nama aktres, Ruhainies daripada diambil berlakon dalam produksinya, penerbit terkenal, Datuk A Aida tidak menafikan bahawa kerjasamanya dengan pelakon itu masih boleh terjadi bergantung kepada keadaan.
"Kalau suasana dah kembali reda balik, mungkin saya berhenti blacklist...
Bagaimanapun, Menurut A Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang, 54, pengambilan semula seseorang artis yang telah pun diletakkan dalam senarai blacklist itu perlu diambil kira dalam pelbagai faktor kerana bimbang akan memberi kesan buruk kepada produksi dan karyanya.
“Untuk saya mungkin lagi setahun atau dua tahun. Kalau suasana dah kembali reda balik, mungkin saya berhenti blacklist pada seseorang artis itu.
“Saya tidak mahu nanti jika ambil artis yang nama mereka masih panas, akan beri kesan buruk kepada produksi dan karya saya. Sekarang zaman netizen, saya perlu berhati-hati,” ujarnya.

Tak Putus Kawan
Bercerita lebih lanjut tentang hubungannya bersama Ruhainies, A Aida ketika ditemui di malam gala filem Memoir Seorang Guru yang berlangsung di GSC Mid Valley, Kuala Lumpur, pada Isnin menerangkan bahawa dirinya sentiasa bersikap profesional dan tidak mencampur adukkan kerja dengan peribadi.
“Saya memang blacklist Ruhainies kerana apa yang salah tetap salah. Tetapi hubungan sebagai rakan industri yang sudah dianggap adik dan kakak tidak putus apabila kami berjumpa.
“Jika kami berjumpa di luar kami tiada masalah. Boleh salam-salam, peluk-peluk, cium-cium. Saya okay sahaja dengan Ruhainies.
“Cumanya apabila melibatkan kerja, saya sangat profesional. Kerana jika ada artis yang terbabit dengan isu sensitif dan memberikan contoh tidak baik kepada masyarakat, memang saya blacklist,” katanya.

BERITA TRENDING: Nama Ruhainies Digugurkan, Bella Astillah Terima 3 Kontrak Drama Dari Datuk A. Aida!
Terdahulu, A Aida menyenarai hitamkan nama Ruhainies daripada membintangi mana-mana naskhah miliknya lantaran kontroversi yang dihadapi antara aktres tersebut dengan pelakon dan penyanyi dari Singapura, Aliff Aziz.